Bagus sangat ke Jawbone Fitness Tracker ni?

Soalan ni dah beberapa kali kengkawan dok tanya. Weh! gelang apa ni? mcm pelik jek. Well, ada yang tau dia akan cakap untuk kesihatan, dan bagi yang tak tau..dia masih kelihatan peling. pejadah benda ni wei? hahaha

Diringkaskan ia adalah alat untuk mengukur bentuk tidur kita dengan memberi laporan jumlah masa kita tidur, percentage tidur nyenyak dan berapa kali kita bangun? Kesemua ini diperoleh hanya selepas kita mengaktifkan mode tidur. Dia juga akan vibrate sebagai tanda alarm untuk kita masuk tidur (masa yang kita setkan) dan juga ada alarm bangun tidur. So, takde lah bising sangat kalau nak bangunkan kita tidur.

Minggu ni agak sibuk dengan kerja, so percentage kadar tidur mmg poor giler ah. So, ingat-ingat lah...hahah


Fungsi utama sebenarnya adalah tracker untuk jarak perjalanan kita dengan mengambilkira pattern kita berjalan. Ini bagus sebenarnya sebab kita digalakkan untuk bergerak sebanyak 10,000 langkah sehari. Lebih kurang 4 - 5 KM sebenarnya.


Aku dah setkan gelang ni agar vibrate dalam masa 15 minit sekiranya ada duduk pegun (static) kat atas kerusi. Ini memang tak baik ah, so kaedah ni akan motivatekan diri untuk lebih kerap berada dalam mode mobile. Agaknya keje kat pejabat memang wat kita dalam slow mode kan? relex je kot? hahaha

So, harap benda ni dapat menjelaskan lah fungsi benda yang pelik ini. Tata

Persiapan Sekolah Tahun 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberi rezeki untuk membesarkan amanah Allah ini.. Insyallah tahun 2015 ni bermula la cabaran Ain sebagai budak sekolah pula... diharap semoga Ain terus minat belajar dan mencapai kejayaan sehingga ke akhir hayat dia...


Beberapa persiapan telah dibuat untuk dia memasuki alam persekolahan... dia rileks aje yang terlebih excited ibu dia nih... rasa terharu sangat bila anak dah nak mula sekolah... tah mcm mana la agaknya kerenah dan gelagat dia bila dah mula sekolah nih... beli sikit-sikit dulu.. kalau nak beli semua sekaligus mau parak...

Ni pon 2 kali trip beli.. takat ni complete dah dengan 2 pasang kasut hitam, 3 helai stokin, 2 singlet, 2 pasang baju, 1 t-shirt putih, 1 seluar track suit, 2 helai tudung putih dan 1 helai tudung hitam.. ada rezeki lebih sket nanti nak tambah lagi baju sekolah tu.. tau2 ajelah budak2 nih bukan pandai jaga kebersihan sangat pon...

Oh ya sekolah Ain ni kene pakai kasut hitam.. mula2 pelik gak kenapa kasut hitam. Bila dah call sekolah baru dapat maklumat yang mana mantan Guru Besar sekolah sangat prihatin dengan penduduk di Putrajaya yang mana kawasan untuk menjemur terutama di apartment agak limited.. jadinya kalau tak basuh sangat pon masih tak nampak sangat kotorannya... hehehehehe...

Pastu beli la peralatan menulis pula.. beg dia yang pilih sendiri dengan syarat daripada kami 'No cartoon theme' hahahhaha... bekal dan tumbler tu memang dah ade hadiah harijadi daripada Cik Lang dan Mak Lang dia... memang simpan untuk digunakan tahun 1 nanti...


Bila kedai buku sudah dibuka bermula 1 Disember.. kami pon pegi la untuk membeli buku-buku yang diperlukan... ada buku yang wajib dibeli terutama buku latihan.. ada juga buku tambahan yang digunakan untuk revision dirumah.. mula-mula decide beli buku latihan yang wajib aje... bersama dengan lencana...



Rasa mcm tak complete aje selagi tak dapat buku teks... bila kawan kata dia dapat nasihat daripada cikgu disekolah anak dia supaya beli semua buku tambahan pembelajaran disebabkan baru ada anak pertama yang mula bersekolah, terus rasa mcm perlu gak untuk beli.. betul gak kata cikgu tu bila difikirkan.. bila nak pakai benda dah ada.. harga pon berpatutan gak... untuk Ain belajar apa salahnya kan...


Bila dah membeli kene membalut plak la kan... takpela demi anak kesayangan ibu yang sorang ni layankan ajela.. sayang pulak kalau tak dibalut.. lunyai nanti... hehehehe


Nanti dapat buku teks kene balut lagi.. rasa dah lama sangat tinggal zaman persekolahan nih... Ibu dan Ayah harap Ain dapat belajar bersungguh-seungguh yer.. kami doakan Ain jadi anak yang bijak, pandai, solehah, sopan santun, lemah lembut, berakhalak mulia, baik hati, mendengar kata dan berjaya didunia dan diakhirat... Insyallah...




Fitness Tracker, untuk apa?? berbaloi? trend?




Kebelakangan ini, upacara berlari dah menjadi satu kemestian. Setidak-tidaknya pun mengayuh basikal yang tidak bergerak tu. Minima masa pun hanya sekadar 15 minit cukup lah. Sekadar membakar lemak yang dah lama terkumpul ni.

Berbekalkan apps #MyfitnessPal yang free tu, sememangnya lah upacara memantau pemakanan dah agak lama berlangsung. tak tau sampai bila akan terhenti. Tapi, so far masih bersemangat lagi. Sebab kita boleh monitor intake makanan. Ini bermakna jumlah kandungan kalori yang diambil sememangnya dilihat dan difahami.



Yang best adalah #MyFitnessPal akan cuba buat jangkaan berat anda dalam masa 5 minggu sekiranya mengekalkan cara pemakanan samada teratur ataupun tidak. So, akan ada amaran secara konsisten di situ. Bagus aaa

Tiba-tiba, terfikir lak sejenak. Kalau intake dia pantau...mcm mana pula dengan kalori yang terbakar? ye laa...takkan masuk je? abis yang keluar (aktiviti seharian kita) tak diambilkira pula?




So, kena ada mekanisme yang mengukur kadar pembakaran kalori melalui aktiviti seharian. Google-punya-google mmg ada!! cantek!!! ada beberapa pilihan yang boleh digunakan.

1. Jam yang monitor heart rate

Rata2 dalam RM150 ke atas. rupa mcm jam biasa. tak terlalu trendy. dan nampak mcm jam biasa. jenis? google sendiri aaa. cuma make sure ada fungsi kiraan kalori kalau ada.. cuma aku tak minat sebab dia tak sync dengan #MyFitnessPal yang terkenal dengan pemantauan kalori pemakanan nya. so aku PASS

2. Fitbit Flex



Track Langkah, Tidur dan sebagainya. mcm jam biasa kecuali tidak display. size? one size fit all. rege? RM350 ke atas. beli mana? mmg online je aaa.. boleh sync dengan #MyFitnessPal untuk kiraan langkah seharian dan projection kalori terbakor. ha! cantek aaaa... dan bonus! ada alarm utk aktiviti tidur serta boleh pantau. Diplay indicator yang bercahaya tu menunjukan berapa percentage jumlah langkah yang anda dah capai... kalau full makna nya dah complete aaa

3. Nike Fuelband



Nike Fuelband! mmg rare.. tapi terlalu sporty sangat! nak show off boleh aaa... cuma function basic aje.. sekadar display mmg cantek! LED kot.. dia cuma boleh kira langkah. kalori burned dan unit nikefuel yang berdasarkan berapa pergerakan yang diambilkira. jenis ini aku panggil wristband dan agak trendy dan boleh pakai bersama jam sediaada. app dia sendiri iaitu Nike Fuelband , mmg tak leh sync dengan #MyFitnessPal. so Bye-bye.

4. Vidonn X5 Smart Bracelett



Yang ini mmg menarik gak. fungsi lebih kurang sama dengan Fitbit Flex kat atas tu. tapi dia china made dan mmg murah giler sekitar RM150 leh dapat kat lelong. nama dia Vidonn X5 smart Bracelett. keje dia monitor steps taken. projection calories burn dan kadar tidor pon ada. dia pakai apps dia sendiri, so itu yang buat aku rasa agak terkilan ngan benda ni. So, kalau nak beli boleh aaa...cuma kena cross-reference aaa ngan intake makanan korang.

5. Jawbone UP24





Akhirnyaa.. aku pilih Jawbone yang pada awalnya aku tak minat sebab mcm gelang ajaib dato AC Mizal aje hahahaha.. Jangan marah tok ek? Well, Actually kat situ laa ada advantage nya. sebab dia mcm gelang, so orang tak banyak tau apa beza dia. so mmg boleh pakai bersama dengan jam sedia ada aaaa.. kiri jam. kanan benda ni. haha

Keje dia..sama. monitor steps, kalori burn, smart alarm, monitor tidor dan yang paling best dia ada apps boleh sync dengan #MyFitnessPal dan reporting yang amat baik. So, dia akan secara automatik memaksa kita untuk bergerak dari kerusi yang statik tu..hehehe



So, since maklumat dah ada...takde lah terjajar sangat kot. Sebab aku percaya dgn konsep "tak tahu itu bahaya"...so hopefully..benda ni akan banyak membantu lah dari memotivasikan diri dengan aktiviti fizikal seharian. okeh...till next...ta ta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...