Happy Birthday Ain

Assalamualaikum...
Hari ni Birthday Anak dara ni.. Pejam pelik pejam pelik dah masuk umur 7 tahun.. Alhamdulillah dia membesar dengan baik sekali.. Walaupun nakal seorang budak memang tak boleh nak lari dari lumrah namun tetap sayang sehingga akhir hayat... Masa baby memang takde banyak ragam dan masalah.. Bila dah besar ni mcm2 hal perangai dia.. Harap bila dah remaja dan dewasa makin baik la gamaknya... Orang kata biar susah sekarang jangan susah kemudian..  Tah la berdoa ajela...
Semoga Ain sihat selalu... Jaga diri... Jadi Anak solehah.. Bijak... Dengar kata... Hormat orang tua... Pandai berdikari... Baik hati... Pemurah...
Ibu dan ayah sayangggggg kamu.....


Orientasi Tahun 1 2015

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai sudah sesi orientasi tahun 1.. berjalan dengan begitu lancar sekali.. bila tengok AIN ni tak pasti plak reaksi dia.. nak kata execited pon mcm takde nak kata risau dan boring pon takde.. nampak macam biasa ajelah... mungkin dia dah set dalam kepala tempat baru kawan baru so biasa-biasa aja..


Dalam pukul 7.30 pagi kami dah terpacak di depan pintu pagar sekolah... pegi awal ni dapat parking dekat sket...

Sempat jugak la buat lawatan muhibah tengok keadaan sekolah...


Kol 8 pagi masing-masing masuk ke dewan.. ibu bapa diberikan taklimat oleh Pengetua Sekolah..



Budak-budak plak dibawa masuk ke kelas mengikut kumpulan warna yang telah ditetapkan.. mungkin ade sesi berkenalan dan menjawab peperiksaan bagi penentuan kelas kot... balik bila tanya AIN memang ada jawab soalan bina ayat katanya.. eemm itu aje mcm pelik plak sbb mudah sangat.





Sesi pemberian beg sekolah daripada UMNO Putrajaya kepada semua murid Tahun 1...



Then ibu bapa boleh ambil buku teks dan membeli baju sukan sekolah..


So tunggu pulak ape riaksi AIN seterusnya pada hari pertama persekolahan nanti...


Happy New Year 2015!





Selamat Tahun Baharu 2015. Saatnya dahpun tiba. Hadirnya tak terhalang, samaada bersedia ataupun tidak. Usia bertambah tahun dan tanggungjawab atas muka bumi sememangnya perlu diteruskan.

Azam? Ada ada... Yang nyata dan yang terpendam. Yang boleh dikongsi adalah aku bertekad hendak memperbanyakkan aktiviti berlari. Hahah... Jangan gelak der... Jimat kos & bangak faedahnya.

Dan yang paling penting, semoga Malaysia dirahmati, diberkati dan maju.

- Posted using BlogPress from my iPhone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...