RHB Half Marathon 2015

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai misi kedua untuk bulan kedua dalam tahun 2015 nih.. ceh misi konon.. kebetulan aje nih saje suka-suka.. mana yang murah, berbaloi, menarik dan berkesempatan kita grab aje.. Larian ni dah lama gak register.. skang ni orang macam dah menggila lari..mungkin dah penat berjalan so berlari pulak... apa taknye bukak aje tempahan tak sampai seminggu dah close walaupun tarikh akhir register lambat lagi..


Beginner mcm kami ni ambik yang pendek-pendek aje sudah.. murah dan dapat gak buang lemak sket2 yang dah lama bertepu dalam badan nih... memang berbaloi gak la dengan bayaran RM30 untuk satu family... dapat tshirt satu dan bib untuk senarai nama family.. finisher dapat goodies pack dan medal.. menarik kan..


Sebelum bermula kene warm up dulu bagi panas...



Pastu bergambo pon penting.. gelap2 pon layan aje..



Acara pertama bermula dengan larian sejauh 21KM pada jam 4.30 pagi.. diikuti pula dengan peserta 10KM pada jam 6.30 pagi.. yang last Family Fun Run 3KM jam 7.00 pagi.. memang menarik la.. ada yang pakai costume bagai.. sporting giler...



Bila sampai ke garisan penamat diaorg terus bagi goodies pack dan sebiji pisang.. dalam tu ade kupon air kotak dan aiskrim, roti cream gardinea 2 bungkus, air mineral dan medal...Lepak2 sambil tarik nafas.. makan aiskrim, makan pisang, bergambo sakan..







Bila selesai semuanya ada persembahan pula sebelum pengumuman pemenang.. kitaorang chow awal malas nak tunggu.. cilok gambo pemenang best costume...





Jom Tengok Wayang @ IOI City Mall

Assalamualaikum...

Jom kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik.. datang ke IOI City Mall.. ada wayang FREE sempena pembukaan cawangan baru Golden Screen Cinemas... jangan lepaskan peluang keemasan ini... Korang boleh print dan pi redeem dikaunter GSC IOI City Mall.. satu coupon entitle untuk 2 tiket..


Korang pilihlah citer ape yang nak ditengok pada senarai yang diberikan ini.. tapi INGAT... tiket yang di redeem tu valid untuk cerita pada hari itu sahaja... kalau nak tengok lagi esoknya gi la redeem lagi.. hahahha Wayang free ni bermula 7 - 11 Februari 2015


Melaka Gateway Colour Run 2015

Assalamualaikum...

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Wilayah kepada warga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.. dan juga Selamat Hari Thaipusam kepada semua warga India..

Ok memandangkan cuti sambung menyambung ni kan so apa lagi balik kampung laa.. 4 hari tu.. rugi kalau tak balik kampung.. hahhahaa... salah satu motif utama balik nih sebab nak join Melaka Gateway Colour Run 2015.. Program Charity untuk mangsa banjir di Pulau Melaka yang diadakan pada 31 Januari 2015...


Bayaran RM15 dapat t-shirt dan bib aje.. headband kene bayar rm3 plak..


Pukul 6.30 pagi dah keluar dari rumah.. berkumpul di Pulau Melaka seawal jam 7.00 pagi... sebelum mula tu posing la dulu sementara orang belum ramai...




Agak menarik gak larian kali ini sebabnya terdapat 4 halangan semasa larian dibuat.. selepas melalui setiap halangan tersebut peserta akan dilemparkan dengan serbuk pewarna.. memang nampak meriah.. baju tok sah cakaplah habis bercorak... itu sebab dia bagi baju warna putih kot.. hehehe..




Larian ni kene buat 2 pusingan.. selesai 2 pusingan baru dapat sijil.. masuk ni pun just suka-suka aje.. sambil membakar kalori.. jadinya banyak berjalan dan bergambo dari berlari.. hahahha




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...