Larian pada pertengahan minggu ni jadi jadi seakan kebiasaan. kalau dulu memang tak lah, tapi sekarang insyallah dan beransur okey. Hey!!! lets face it!! Putrajaya ni merupakan sebuah bandar yang cantik dengan prasarana yang menarik dan kemudahan yang bertaraf tinggi. Takkan lah hendak biarkan ianya tersergam indah dan hanya dikenali untuk tempat melepak aja kan?? hahaha
So, amek lah kesempatan...beriadah selagi mana boleh. Kalau dah bosan nanti kita stop lah....tapi as for now...the show must go on!!! hahaha
Ok sediakit celoteh mengenai larian malam tadi.. masih lagi pada mode Long Slow Distance atau LSD. Memang larian ni tak laju..dia menekankan jumlah jarak sahaja....TAPI!!! memang seksa!!! sebab ahad lepas baru je lari sekitar 21KM kan. so performance malam tadi memang hancus!!! lari, jalan lari jalan. Pace sekitar 8minit/KM. memang menyedihkan. Mengikut rekod pada Strava.. larian aku pada 29 April lepas di route yang sama ada lebih baik berbanding semalam. tak tau lah kenapa???
Menurun dari 7.01 minit/KM kepada 7.37 minit/KM.
So, next time kena cuba lah perbaiki balik lah.....
ciao!
Half-Marathon - Checked
Selamat pulang dari bercuti panjang wahai tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Bagaimana cuti anda semua?? Ada masalah Monday Blues?? Haahaha... By the way, congrats pada Chelsea yang menjuari Liga Perdana Inggeris walaupun liga masih berbaki 3 perlawanan. Jangan risau sebab Man Utd akan kembali merampasnyaa pada tahun hadapan...hehehe
Okey, berbalik pada cerita asal posting ini, berkaitan dengan larian (more to LSD sebenarnya....long slow distance...sebab average pace adalah sekitar 7-9 min per KM) half marathon yang dibuat di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Negeri Melaka.
Pertama sekali, kena lokasi ni ek? jawapannya mudah sebab takde elevation (pendakian) langsung. Kedudukan jalan yang mendatar memudahkan kita untuk berlari, takde bebanan tambahan.
Kedua, cuaca yang redup sememangnya membantu. Satu pusingaan larian di trek (jalan tar actually) bersamaan lebih kurang satu KM setengah. tapi diorg ada tandakan lokasi mula dan akhir, untuk memudahkan anda memantau preastasi larian masing-masing.
Ketiga, menggunakan app Strava (percuma trial sebulan) sememangnya trek (dalam app ni dia panggil segmen) yang popular, so, mestilah try kan. kepada sesiapa yang berminat, boleh cuma cari "Bukit Serindit Park 1k"
Kalau tengok dalam list pelari tu, ada le nama aku nombor 10 tu....pace terbaik aku satu KM bersamaan 5.47/KM..tak de laju mana pon. Tapi aku tak suka ukur ni, sebab dia base on short distance run. Aku bukannya nak jadi sprinter..so pace tak berapa penting la, as long average pace dengan jarak yang panjang sudah memuaskan hati aku...hahah (alasan kot)
So, di bawah ni adalah result larian LSD aku yang amat slow mcm labi-labi yang baru belajar jalan. Half Marathon ni take lah membanggakan, tapi ianya adalah satu langkah ke arah Full Marathon, Insyallah.
Tu dia.... 21KM dalam masa Sejam Empat Puluh Minit....Sib baik lah ada lagu dari Spotify, kalau idak memang keras bosan belari. hahaha
Sambutan Hari Lahir Abah
Assalamualaikum..
Semalam 2 May merupakan hari lahir Abah kami yang ke 65 tahun.. Semoga Abah panjang umur.. murah rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan..
Selalu kami akan keluar pi makan kat mana2.. Tp kali ni kami bakar membakar dirumah.. Dah lama rasanya tak membakar nih.. Kalau membakar di banglo A'famosa lg mantop.. Hehhehe...
Mak kami siap ubah org untuk buatkan tempat membakar khas.. Kalau dulu membakar guna tong drum.. Bila dah ada tempat ni lg mudah dan senang kerja membakar...
Rajin betui adik kami membakar yer.. Kami kat dlm tgh dok modify cara nak buat sotong goreng tepung.. 3 kali percubaan baru la menjadi.. Hehehe
Dah siap makan la dulu.. Nak tunggu tetamu sampai lambat.. So kami bedal dulu.. Hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)


