Birthday Makan-makan For 3 Beautiful Ladies

Assalammualaikum...

Fuh tajuk tak hingat punya glam.. hahhahaa... alamak korang sorry lama tak update blog.. Mak bz sket dok ulang alik Melaka setiap weekend.. biasalah urus hal rumah nih.. nak pilih brg la, kedudukan plug la.. sign gadaian la.. macam-macam hal la... hehehhe

Ok ni nak citer pasal satu Restoren yang baru kami terjah.. tak sure plak sejak bila ianya beroperasi tapi kiranya pertama kali kami sampai la... ini pon recommended oleh adik... katanya kawan dia pi sedap makanannya... nama restoren tu Mahligai Brasseries kat kawasan lot kedai berdepan dengan AEON Bandaraya Melaka....


Kami mai sini nak raikan 3 ladies dalam family yang sambut birthday pada bulan yang sama...

Adik Ipar - 16 Ogos

Adik Bongsu - 20 Ogos

Mak - 27 Ogos

Bila sampai kat restoren ni nampak macam exclusive aje.. orang pon takde.. risau gak.. biar benar... tengok setup meja pon bukan main lagi...




Bila part nak order memasing semua dah pandang-pandang... tak tau ape nak makan.. hehehe selalunya kalau western ni biasalah chicken chop, fish & chips, steak, lamb..hehehhe... harga pon boleh tahan gak.. sudahnya kami order ajela.. rupanya tak tau mcm mana.. hehehhe... bila dah sampai baru la nampak hasilnya...






Ada lagi 2 menu takde dalam ini gambo.. eeemm kat fon sape ek baik mengaku.. hehehehhe... bila dah makan boleh tahan gak rasanya... platting memang ala chef professional punya style.. memang terbaik la... harga pon bolehla tahan tak sampai RM250 pon.. tapi tu la mcm tak berapa nak kenyang plak.. hahhahaa... balik kami tapau burger tepi jalan.. boleh???


Cerita Rumah Kami Part 3

Assalamualaikum..

Ok bersambung kita kembali dengan cerita-cerita pembinaan rumah kami di Melaka... bila dah selesai kerja terang menerang, rata merata then barulah kerja-kerja membuat petak bahagian-bahagian rumah sepertimana yang tertera di dalam pelan... sebelum tu barang-barang keperluan dimasukkan terlebih dahulu.. hehehhe




Then barulah marking petak-petak untuk semua bahagian dalam rumah... masa ni loan masih lom lulus lagi.. tapi diaorg tetap nak jalan jugak.. hehehhe ikut suka korang la...


Dah selesai marking barulah diaorg buat 'Tapak Gajah".. hahaha term ni mungkin sinonim dengan org-org yang bekerja dengan pembinaan bangunan.. aku pon layan ajela... maybe tapak untuk mengukuhkan bangunan rasanya... 


Bila dah siap tapak gajah then diaorg tambak tanah plak.. penuhkan pada bahagian-bahagian yang diperlukan... pastu barulah diaorg curahkan simen untuk piling bagi keseluruhan tapak rumah.. baru la nampak petak-petak ruang seperti dalam pelan...



Memang cepat sungguh diaorg ni bekerja... mungkin dah tau apa step seterusnya nak kene buat... Bila dah simen pada tapak then buat plak tiang-tiang rumah... ini kiranya baru rangka la.. belum dimasukkan simen lagi...



Rasa teruja plak nak tengok rupa sebenar bila dah siap nanti... bila tengok tapak-tapak tu mcm kecik aje ruang tapi abah kata nanti dah simen n pasang tile baru nampak luas.. sabar ajelah ek.. hehehehe...

Oklah bersambung lagi la yer... tunggguuuu...

Larian Run With Us 2015

Assalamualaikum..

Selamat pagi Isnin semuanya.. jangan nak bermalas-malasan dipagi Isnin yang indah nih yer.. hahahha ckp org pandai diri sendiri tu macam malasss aje nak bersiap yer... kalau boleh nak coti sebulan.. hahahhaha...

Semalam iaitu 16 Ogos 2015, merupakan larian pertama bagi bulan Ogos dan juga merupakan larian pertama setelah coti hampir 2 bulan disebabkan puasa dan raya.. hehehhee.. memang berat giler lah sebab dah lama tak berlari.. mengah hakak okey...

Race kit kitaorg ambik pada 14hb kat The School Jaya One Petaling Jaya.. dulu Milo Breakfast Day pon ambik tempat yang sama so dah tau jalan nak tuju ke tempat itu...



Masa ni tak ramai lagi orang so tak payah beratur lama.. kol 10 pagi hakak dah terpacak kat sana.. terpaksa kami EL hari tu sebabnya nak balik terus ke Melaka untuk urusan rumah plak.. si tecik tu pon kene ponteng sekolah.. hehehhee



Larian kali ni kami berpecah.. yang mana En Suami masuk 12km manakala akak bula 5km aje sudah.. kol 6.15 pagi kami dah keluar dari rumah...


Sampai ditempat kejadian memasing bawak haluan sendiri sebabnya starting point adalah berbeza... orang telah ramai membanjiri Dataran Putrajaya nih...





Pelepasan peserta 12km pada 7.00 pagi yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri kita... selepas tu pelepasan 5km plak.. kali ni akak ditemani sicomel.. mujur dia nak teman.. tambah plak ade org nak jaga dia nanti.. hehehhee








Selesai lari kami berjumpa di tempat yang dijanjikan... rupanya En Suami dah sampai dulu.. lepas rehat jap pastu tunggu keputusan untuk cabutan bertuah.. memacam hadiah yang ada memang menarik tp malangnya nasib kami memang tak pernah bertuah.. hahahha .. lain kali kita cuba lagi ok...






Overall penganjuran larian ini amat teratur.. semua on time dan habuan yang diberikan memang ok.. memang good job la sebab baru 1st time anjur... jumpa lagi tahun depan yer... Insyallah... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...