Birthday Nurul Ain Syafiqah - 5 Tahun


Alhamdulillah, hari ini 18hb Januari 2013 telah genap usia Nurul Ain Syafiqah kepada 5 Tahun. Pejam celik pejam celik, sekejap je dah membesar dah si Ain ni. Takde apa sambutan 'besar' yang dibuat pada hari ini, memandangkan hari ini hari kerja. Cuma masa ambil Ain dari sekolahnya tadi, dia request nakkan kek. Dan di kedai kek tadi, Ain telah memilih sendiri keknya ini. Topi pon dia nak beli sekali....huh!


Cuma esok, kami akan bawa Ain ke Aquaria KLCC, nak tengok ikan jerung katanya.. Kami pon dah lama tak ke Aquaria, last pegi pada tahun 2004. Entah hidup atau tidak ikan jerung yang pertama kali kami lihat itu dulu..hahaha

Mmg sedap kek yang dipilih Ain ni, tapi tak boleh makan banyak...muak...


Apa-apapun, kami doakan semoga Ain menjadi seorang anak yang solehah, rajin dan bijak dalam belajar. telatah dan kepetahan Ain berbicara sememangnya menjadi penyeri dalam hidup kami....we love you Ain...MMMMMMuuuuuuuuaaaaHHHHHHHssss...

@ajid1977 ~




Buat Pertama Kalinya...

Assalammualaikum..

Hahaha ini saje nak kongsi citer yang kitaorang baru first time gi makan kat Ice Room nih.. yelah kalau ikutkan Ice Room ni memang dah lama wujud dan teringin gak nak pi try menu-menu yang ada kat sini.. tapi asyik aje tak kesempatan..

Memandangkan kami sekeluarga dah berkumpul dan kebetulan pi jejalan di Giant Nilai makanya menjadi spot utama kami untuk lunch pada masa tu... Banyak juga menu yang ada kat sini tak tau la mana yang sedap ke tak sedap... jom layan pic kami di situ...

Ice Room Nilai





Pening makcik nih nak pilih menu apa
Sabar menanti makanan
Aiskrim aje pilihan utama dia
Chicken Chop
Fish & Chips
Aiscream perisa Durian
Mee Soup
Roti Kukus
Lamb Black Paper
Berselera dia makan Chicken Chop
Asam Laksa
Durian Goreng
Overall oklah cuma fish n chips tak menarik sebab berminyak.. Terima kasih pada adik aku Amat Pejal sebab belanja makan kat sini...

~ @arelynn77 ~

Sepetang di Pantai Bagan Lalang


Cahaya petang menyinari yang cukup indah. Kelihatan keluarga beriadah di pantai. Ada rakyat tempatan ada juga yg inported. Masing2 dengan tujuan yang sama, iaitu menikmati keindahan alam semulajadi.

Walaipun pantainya keruh dan tidak berapa bersih, namun tiupan angin dan sang mentari yang semakin tenggelam menghmpiri lewat senja, amat menerujakan. Antara tanda-tanda kekuasaan Allah.


si kecil gembira bermain layang2
~ @ajid1977 ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...