Menu Hari Ini - Pulut Kuning Cicah Rendang Itik

Asalammualaikum...

Hahahaha tak penah-penah buat pulut kuning dan rendang tetiba terajin plak nak buat... yang peliknya rendang itik plak tu... hahhaha.. kebetulan opis en abg ada jual itik murah so dia pun beli la sekor.. tak penah pun masak itik nih.. layan ajelah resepi kat Mat Gebu tu untuk rendang itik..

Hasilnya.. Itik liatttttt... hehehehe

Pulut plak kebetulan ada lebih masa buat nasi dagang minggu lepas.. eh lupa la nak masukkan entry aku buat nasi dagang.. hahha tunggguuuuu....

Resepi Pulut Kuning : Oleh My Resepi

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
4 cawan beras pulut
1 tin santan (400ml) - jgn campur air
1 sudu teh kunyit serbuk
garan secukup rasa

Cara-cara
1. Rendam pulut bersama serbuk kunyit lebih kurang 1-2 jam atau  
    sehingga  pulut bertukar warna kuning

2. Cuci dan toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak

3. Setelah 1/2 masak keluarkan dari kukusan dan masukkan dlm bekas.
4. Kemudian tuangkan santan yang dicampurkan secukup garam ke dalam 
     pulut tadi dan gaul hingga rata

5. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak

Resepi Rendang Itik : Oleh Mat Gebu


 BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor itik yang telah siap dibersihkan
11/2 inci halia tua*
4 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
1200 ml santan
Air jika perlu (air panas)
2 keping asam gelugor
5 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit, disiat
2 helai daun kunyit, hiris halus
2 camca besar penuh rempah kari daging
2 1/2 camca besar penuh kerisik
Garam dan gula melaka secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/2 cawan cili padi kampung (boleh kurangkan)
3/4 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 inci lengkuas
8 batang serai, hiris halus
12 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkeh
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)


1. Itik dipotong ikut suka, buang kulit, cuci dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit tepung gandum selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Cucuk daging itik tadi dan lumur dengan halia dan bawang putih tumbuk, gaul rata2 dan perap 1-2 jam. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Sementara itu satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau rata2 dan masukkan ke dalam kuali, tumis hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.

3. Masukkan itik, daun limau purut dan daun kunyit yang disiat. Gaul rata dan biar hingga daging itik sedikit mengecut. Tuang santan dan kacau rata. Biar mendidih. Sederhanakan api, dan biar merenih hingga pekat. 



4. Masukkan kerisik dan asam gelugor. Tambah garam, tapi awas jangan banyak2, rasa lemak2 sudah cukup, kalau garam dia terasa, nanti rendang kering akan jadi masin. Kacau rata dan terus memasak hingga sedikit kering, jika daging itik masih keras boleh tambah sedikit air panas dan terus memasak hingga itik lembut.


5. Tambah gula melaka (anggaran 1 camca besar) dan hirisan halus daun kunyit, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau pulut kuning...







Rawang Burger Bakar (RBB)

Asalammualaikum...

Ini merupakan 2nd time aku makan burger bakar.. malang sekali burger bakar yang pertama aku makan dah tutup..Volks Burger yang berdekatan dengan Maidin Presint Diplomatik..  tak tau la ape sebabnya..




Bila dah teringin nak makan lagi tu makanya kenelah google.. yang paling dekat aku jumpa ialah Rawang Burger Bakar kat Bangi.. berdekatan dengan Stesen Minyak Petronas sebelah dengan kilang Satay Hj Samuri.. kat area Perindustrian Salaman...

Alhamdulillah tak menghampakan.. kebetulan pergi pun awal sekitar jam 6 petang jadinya tak perlu tunggu lama... jom check it out ape yang di offer oleh RBB nih...




Macam pilihan yang ada.. yang lawaknya nama setiap menu yang disediakan.. boleh buat kita tergelak.. harga aku tak pasti ok ke tak memandangkan baru kali ke 2 makan.. tapi memang puas hati sebab daging dia tebal dan padat...














At last kami pilih Double Riang dan Hot Chic... Alhamdulillah kenyang... nanti leh try lagi....






"Pakej Pulau Malaysia Bersama Jomlahcuti.Com"

Asalammualaikum..

Korang nak tau tak bercuti ni memang seronok.. bila kita bercuti tu rasa tenang aje.. otak pun dah tak serabut lagi.. percutian kita akan jadi lebih seronok kalau semuanya telah diuruskan.. tak perlu nak pening-pening kepala..

Percutian di Ho Chi Minh City, Vietnam

Percutian di  Beijing, China

Percutian di  Jakarta - Bandung, Indonesia

Percutian di Bali, Indonesia

Percutian di  Padang - Bukit Tinggi, Indonesia

Percutian di Phuket, Thailand

Seronokkan bila tengok gambar-gambar percutian saya nih...Jadi kalau anda semua nak rasa percutian yang seronok macam saya anda boleh lawati web Jomlahcuti.com 



Jomlahcuti.com menawarkan pelbagai pakej percutian yang menarik seperti Pakej Indonesia, Pakej China dan sebagainya.. begitu juga dengan Pakej ke Pulau-Pulau yang ada di negara kita..Laman web Jomlahcuti.com juga sangat user-friendly.. segala info tentang pakej percutian yang ditawarkan lengkap..


“Saya ingin bercuti bersama jomlahcuti.com kerana saya ingin menikmati keseronokan berganda semasa bercuti dipelbagai pakej destinasi menarik yang ditawarkan"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...