Sesi pendaftaran Transit Ceria Presint 16 telah dibuka bermula 17 Jun 2014... Borang pendaftaran boleh diambil dari semua cawangan Alif Ceria dan Transit Ceria P16..
Dengan pantasnya aku pun pi ambik borang tu kat cawangan P18.. Teacher Zai maklumkan tinggal 17 aje lagi kekosongan.. hehehee.. Kalau cawangan baru dibuka Insyallah boleh ramai lagi yang daftar.. tapi aku tetap gak nak P16 tu sebab mudah untuk Ain jalan kaki dari sekolah aje...
Bila dengar tinggal 17 kekosongan aje terus isi form dan buat full payment mengikut senarai bayaran yang dilampirkan... Alhamdulilah selesai.. harap2 pendaftaran ini diterima...
Bila dah dapat info dari Teacher berkenaan program yang ditawarkan baru la faham... so aku decide ambik Program B... nampak mcm agak mahal tp bila dah divide ikut hari boleh la.. untuk Ain sorang aje pun... ni nak detailkan sket pasal program yang ada...
Program B - Transit + KAFA = RM320.00
Dalam program ni parents hanya hantar anak ke Transit Ceria sahaja.. makan tenghari disediakan.. mandi juga dibenarkan... anak2 akan rasa segar dan selesa bila ada kelas KAFA selepas tu..
Untuk makluman kelas KAFA hanya ada 3 kali sahaja dalam seminggu.. jadinya kalau takde KAFA anak2 ini boleh membuat kerja sekolah dan ulangkaji di situ... mereka juga boleh menggunakan facilities yang ada di transit ini untuk mengisi masa lapang sementara menunggu waktu balik...
Program C - KAFA Only = RM80.00
Dalam Program ni plak anak2 dihantar ke Transit Ceria bila hari yang ada KAFA sahaja... makan tengahari tidak disediakan.. Jika tiada kelas KAFA, anak tidak perlu dihantar ke sini..
So parents bolehla decide program mana yang bersesuaian...
Update : Baru dapat gambar dari pihak pengurusan
Nampak selesa sangat.. semoga Ain selesa belajar dan cepat faham.. hehehe
![]() |
| Level 1 |
![]() |
| Dining Area |
![]() |
| Reception |
![]() |
| Living Area |
![]() |
| Individual Locker |
![]() |
| Changing room |
![]() |
| Mini Library |
![]() |
| Classroom |


















