Pages

Berbudi pada tanah.. Katanya..

Assalammualaikum Semua..

Ok kali ni nak citer pasal hasil tanaman belakang rumah.. ingat lagi tak entry yang penah en suami post pasal pokok pisang yang dah berbuah tu.. kalau tak ingat leh rujuk SINI ..

Yang menghairankan pokoknya rendang aje tapi tandan buahnya omak aii godang sampai batang pisang nak menyembah bumi.. langsung terus dipotong dan ditebang...jantungnya tak boleh dimakan sbb pahit.. try gak rebus n cicah ngan kuah cili tapi takleh masuk tekak sbb pahit yang amat.. hehehhee

Nih masa baru-baru nak kuar buah

Sebakul dapat.. itupun ade yang dah bg kwn opis aku

Buahnya plak dapat gak disedekahkan kat kekawan.. selebihnya dok buatlah cekodok pisang dan makan gitu aje.. eemm sodap...



La nih dah tebang abis dah kasi clear sbb malas plak nak tanam pisang.. abis sume anak2 dia en suami buang..tup tup.. ade plak lgi tumbuh satu anak.. biaq pi ajelah yang satu tuh...


Shopping Online Bersama Tesco

Ini baru ye. Mam besar kata dia dah order barang dapur secara online di tesco. Memandangkan aku tengah bz time tu, aku tak berapa paham sangat apa yg di maklumkan nya. Cuma petang ni baru aku paham. Tesco ada buat penghantaran pembelian barangan mereka secara online. Lori parking depan rumah lagi... Hahaha betul2 bz der..


Tanya, mam besar, dia kata pembelian harus melebihi RM100 dan pembayaran secara debit/credit card. Pembayaran secara tunai kepada wakil penghantaran adalah tidak dibenarkan. Caj penghantaran yang dikenankan sebanyak RM10.00..

Memang sesuailah sangat bagi mereka-mereka yang bz sokmo atau yang malas nak kuar umah beli barang bebanyak..

Sebelum tu korang check dulu Tesco buat penghantaran tak kat area rumah korang.. nanti kang tak pasai2 aje korang kata aku tipu plak...

Mudah.. hanya dihujung jari anda saja... begini caranya :

1. Login ke website Tesco dan Klik pada butang 'Shop Now'


2. Sila la Sign In dulu yer.. kalau takde id boleh create baru.. senang nak monitor nanti...


3. Kalau nak urgent sila la 'Book Slot' dulu takut nanti slot penuh.. tapi kalau tak kisah nak santai tak book dulu pun takpe kendian leh book semasa proses checkout




5. Start la shopping ape yang korang nak.. kene pandai cari barang ikut pengelasan yang telah dibuat



 6. Lepas dah abis shopping, tekan butang 'Checkout'



7. Bila dah confirm, pihak Tesco akan bagi order number bersama dengan list barang-barang yang kita pilih




Oh ya.. anda akan mendapat discount voucher RM20 sah sehingga 31 Ogos 2013.. so cepat-cepat..


Mudah saja kan.. yang pastinya en suami akan senyum lebar sebab tak payah teman pi shopping barang dapur.. dan yang bestnya takde la barang merapu yang masuk dalam bakul..jimat sket duit.. hehehhee


Wah!!! Not bad!!! Not bad at all.... Bagus cara ni...tahniah Tesco

Alhamdulillah kualiti barang yang dapat pun cantik-cantik belaka.. dan sangat berpuas hati... pasti akan buat lagi...

Menjengok Proton Suprima S yang baru dilancarkan.


Okeh, jangan salah paham. Kami x beli kereta ini. Hahah

Just jengok-jengok je semalam. Kebetulan sehari sebelum tu, kenderaan ini dilancarkan.

Pandangan awal menyatakan, kenderaan ini spt SUV, namun sama sekali meleset. Ia seperti kenderaan hatchback yang lain. Lebih tepat sama seperti keluarga Proton Satria yang terdahulu.

Namun, ia ada keistimewaannya. Buat pertama kali Proton membina semua kereta yang menepati piawaian luar negara. Air beg ada 6. Hoho. Kuasa 1.6cc dengan keupayaan 2.0. Rim 17 utk versi premium. Mmg menarik le.


Kemasan kulit sepenuhnya bagi versi premium. Player double Din yang berkeupayaan memainkan internet dari phone Android. Juga reverse sensor depan dan belakang berserta Kamera belakang.


Beli le der...80K

Filem Seram - The Conjuring.


Tajuk filem ini sudah lama trending di internet. Kebanyakkan menyatakan ia adalah filem yang paling menakutkan pada tahun ini.

Pada awalnya, aku menyangkakan "The Sinister" adalah filem seram yang terbaik pernah dihasilkan, namun selepas menonton "The Conjuring"... Terpaksa aku akui... Ianya patut dinobatkan sebagai filem seram ditempat pertama pada ketika ini.

Filem yang dikatakan diambil dari sebuah kisah benar. Tetapi ditokok-tambah bagi memberi kesan 'takut' tambahan.

Kisah sebuh keluarga + 5 orang anak perempuan yang berpindah di kawasan terpencil dan mendiami rumah yang dahulunya pernah didiami oleh seorang ahli sihir. Ahli sihir ini dikatakan telah membunuh anaknya dan bersumpah untuk membunuh sesiapa sahaja yang cuba merampas tanah asalnya. Ermmm..

Sepasang suami isteri (pakar paranormal) telah dibawa untuk membantu keluarga berkenaan. Dan di sinilah bermulanya pelbagai perkara pelik dan diluar jangkaan kita.

Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton filem ini dipawagam. Namun perlu di ingatkan ianya adalah utk 18PL sahaja.

Keek ikatan filem ini adalah pada unsur kekeluargaan kuat yang cuba diketengahkan. Selebihnya ia ada juga unsur untuk promote agama mereka ketika ritual menghalau hantu yang merasuk ibu mereka. Nasihat aku, cuba jangan beri banyak sangat tumpuan pada teknik agama mereka ini, sebaliknya fokus kepada kekuasaan yang Maha Pencipta yang menguji hambanya.

Babak seram adalah ketika Si ibu terperangkap di dalam bilik bawah tanah, dan di mana si'ghaib' cuma mengajak dia bermain nyorok-nyorok dengan menepuk tangan 'clap'!!! Hahaha

Watak annabelle juga banyak memainkan peranan, meningkatkan kita tengah filem childplay... Chucky. Namun wajah anak patung ini telah diubah bagi memberi kesan lebih seram.

Okeh... Tonton le sendiri ek. clap 👏

Lava Grill Burger - Meleleh!!! Manthop!!!!


Kami beli melalui online. Tau-tau je semalam 16hb Ogos 2013 adalah tarikh akhir untuk tebus benda ni. Haiyooo....

So, B tanya mcm mana? Nak pegi ke tak? Aku pun jawab melalui Wwhatsapp seperti begini "Gila Tak Nak Pegi???!!! (Ala-ala suara Lisa Surihani dalam iklan radio) hahaha...

Lalu, pada petang itu, selepas waktu bekerja... Kami pun terus ke Sri Serdang untuk menikmati burger bakar ini.

Laluan ke sana sememangnya biasa aku lalu, tapi sekarang memang boleh bilang dengan jari. Dah seperti yang kami jangka.. Banyak perubahan di sekeliling kawasan tersedut. Gilerrrr lama tak ke sana.

Bagi yg belum tahu, lokasi Restoren Lava Grill burger ini adalah berhampiran dengan Balai Polis Serdang. Ada lot kedai baru di situ. Kedainya kemas dan bersih.

LAVA GRILL BURGER
PETA LOKASI / MAPS:

No. 15-1, Jalan 18/33A, Taman Sri Serdang 
Seri Kembangan, Selangor 43300



Kami order 3 jenis ;

1) Daging tiga tingkat
2) ayam dua tingkat
3) daging setingkat.

Rasa dia? Sedap lerrr... Terasa 'bakar'nya... Tambahan aku sememangnya dah lapooorrr...heheh

Last day di Jabatan Perkhidmatan Veterinar...



Alhamdulillah... hari ini genap 7 tahun dan 9 bulan dan 1 hari aku bertugas di Ibu Pejabat Perkhidmatan Veteirnar Putrajaya. Masih ingat lagi tarikh 15 November 2005, di mana aku mula melaporkan diri bertugas di sini. Wajah pertama yang aku jumpa pada pagi hari Selasa tersebut adalah Arwah Dr. Asiah bte Karim. Penempatan aku yang pertama adalah di Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya. Hal kerja berkaitan kewangan dan pentadbiran. First time menjejakkan kaki di sini, sememangnya aku akui...pernah aku terfikir nak kembali pada jawatan lama. Tapi takdir menentukan segalanya....hari demi hari... dah sampai masa untuk aku bertukar sekali lagi..

Pertukaran sememangnya jarang ada dalam kamus hidup aku. comfort zone yang dikhuatiri akan menjadi barah dalam sistem perkhidmatan awam. apakan daya, sudah menjadi skrip cerita, aku akan menjejakkan kaki bertukar tugas di Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya pula. Bahagian mana? tak dinyatakan pula. apasal nak berahsia sangat entah laa... lebih menggerunkan ada pegawai yang terang-terangan menyatakan mereka lebih prefer untuk tidak bertugas di JPA, leceh kata mereka...hahahaha. Pegawai yang cakap tuu..heheheh

Aku dari dulu lagi, memang tak pandai nak mengampu atau adjust di mana tempat bertugas. Tahu-tahu alih-alih diorang campak aku ke sana.. aku redha je laaa. aku bukan apa, malas nak tetapkan.. takut-takut tersalah pilih... dulu aku percaya opis lama aku teruk...hahaha... rupa-rupanya ada lagi teruk..hahaha. Namun aku selalu mengingatkan diri aku bahawa tempat yang 'buruk' dah tau 'keburukannya', tapi tempat yang baru, belum lagi...hehehe. Apa pun banyak kenangan manis di Jabatan ini. Tak banyak orang yang mahu bertugas di Jabatan secara amnya, kerana kerjaya pelbagai. Lebih banyak yang mahu bertugas di kementerian kerana portfolio tugas yang jelas dan bilangannya yang sedikit berbanding di Jabatan. itu hakikatnya.

Okeh, aku sebenarnya terpanggil untuk berkongsi sedikit pandangan mengenai kes Suami yang membelasah isterinya di dalam Lif yang mana klipnya tersebar luas dan mendapat perhatian banyak pihak. ini termasukan komen dari media sosial yang ada aku rasanya kurang sesuai dan kurang tepat untuk disiarkan.

Kerana Nila setitik rosak susu sebelanga.

Banyak pandangan yang menyatakan pegawai tersebut memukul isterinya kerana berkerja dengan Jabatan Haiwan. Oh Tidak!!! ini dakwaan kanak-kanak yang membuat kesimpulan membuta tuli. Sebelum korang melalut bukan-bukan...cuba kaji misi dan fungsi jabatan ini dulu. aku ringkaskan dengan bahasa yang mudah. memandangkan aku nak blah....ada baiknya aku puji sikit jabatan ini...mudah-mudahan dapat APC tahun depan...hahahaha

Fungsi Jabatan Perkhidmatan Veterinar

AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969
PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN
(NO 2) 2004
seperti
WARTA KERAJAAN Jilid 48, no. 13 bertarikh 24 Jun 2004
menyenaraikan tanggungjawab
JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN
  • Mengawal, mencegah, dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik.

  • Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan.

  • Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan.

  • Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin.

  • Latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan.

  • Pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan awam veterinar.

  • Penyelidikan penyakit haiwan, dan sumber  genetik haiwan.

  • Mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan.

Secara amnya... jabatan inilah yang bertanggungjawab memastikan 'perut-perut' kita semua terisi dengan makanan yang berkualiti dan sihat. lebih tepat...memastikan kita semua boleh terus hidup untuk menjalankan tugas dan amanah di muka bumi ini. 

Tak sedar lagi???!!! Takkan kerana seorang yang bernama Mohd Afendi bin Ismail, Pembantu Pegawai Veterinar yang memukul isterinya di dalam lif dengan kejam, korang nak salahkan Jabatan tempat dia bertugas???? Bangun lee... guna akal sikit... pernah tak korang terfikir kalau ada kes seorang Kerani di Jabatan Bomba merogol..orang salahkan Jabatan Bomba dan menghina jabatan tersebut??? Double Standard... nampaknya....masyarakat kita kerap menjadikan bahan jenaka bagi apa yang mereka kurang paham.... tak mumayiz langsunggg.

Okeh. Pernah kaji apa perkerjaan Rasulullah sebelum mengahwini isterinya Khadijah?? Mengembala Kambing bukan?? Oleh itu menternak ini sememangnya adalah pekerjaan sunnah. Ada keberkatan di dalam nya.

Seperkara lagi....Ayah Ustaz Don dikhabarkan pernah bertugas di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang. nampak tuu??? salah Jabatan ke?? Yang sebenarnya individu itu sendiri, cara mana dia membawa diri.. kalau baik...baiklah... takde kaitan sama sekali dengan Jabatan atau organisasi tempat dia bertugas. Tapi perlu diingatkan bahwa penjawat awam perlu sendiri menjaga nama baik kerajaan, oleh itu si Afendi ini berkemungkinan boleh dikenakan tindakan Tatatertib (Seperti mana yang dijelaskan oleh KSN dalam media) sekiranya disabitkan dengan kesalahan ini di bawah Akta Keganasan Rumahtangga.

Beberapa fakta mengenai kes ini juga harus diperjelaskan. Mamat Afendi ini adalah Penolong Pegawai (G27/G32/G36) dan bukannya Pegawai Veterinar (Gred G41 ke atas). kerana kalau dia Pegawai sudah sememangnya dia akan digelar Doktor Afendi. Untuk makluman semua jawatan Pegawai Veterinar adalah lantikan Persekutuan. hanya sebahagiannya sahaja yang dipinjamkan ke Negeri-Negeri. 

Selain itu, kita juga perlu jelas bahawa Jabatan Veterinar ini terbahagi kepada 2 iaitu Persekutuan dan Negeri. Semua Jabatan Veterinar Negeri (Seperti Perkhidmatan Veterinar Daerah) adalah lantikan Kerajaan Negeri. Selalunya Perkhidmatan Veterinar Daerah diketuai oleh Seorang Penolong Pegawai Veterinar dan grednya bergantung pada keluasan Daerah / kawasan tersebut. Pada pandangan saya... tugas mereka di lapangaan sememangnya sukar dan sentiasa berhubung baik dengan penternak dan orang ramai di lapangan tersebut. Mereka dikenali umum di daerah tersebut.

Akhir kata, aku rasa baiklah kita mendoakan mamat ini mendapat petunjuk dari Allah dan kembali ke pangkal jalan. Ingat, kita bukan hadir untuk menghukum, sebaliknya memperingati sesama sendiri. Sekian ... 

Wassalamualaikum

  



TQ Sayang... :)


Assalamualaikum...


Rasanya masih tak terlambat untuk kami sekeluarga mengucapkan


Selamat Hari Raya Aidilfitri 


Maaf Zahir & Batin


kepada semua rakan blogger dan teman-teman yang dikenali








Ok berbalik pada tajuk cerita nih.. akhirnya sampai jugak benda yang dihajati.. dah puas dah dok ronda dok belek dok carik info untuk pilih mana yang sesuai dan berkemampuan..


Alhamdulillah persetujuan telah dibuat.. makanya sampai lah dia ke tempat yang sepatutnya...Happy sangat..





Walaupun besar bagak mujurlah muat ruang yang telah disediakan...




Banyak benda yang boleh diisi nih.. hopefully tahan lebih lama dari yang dipakai sebelum nih..




Peti side by side nih ruang dia pendek2 tapi byk level.. lepas nih kalau tak muat lagi barang2 tak tau la.. hehehee




Mula-mula ingat nak beli French Door.. tapi takde yang inverter plak.. dengan adanya inverter nih boleh menjimatkan elektrik hampir 50%..




Peti yang lama nih nak sedekah kat adik husband.. memang dia nak pun tunggu dapat kunci rumah baru dia aje baru leh transfer.. peti nih aku beli sebelum kawin lagi 2001 kot.. condition tersangat la ok lagi.. National kan..





Haaa yang ni plak tengok keadaan mcm mana.. kalau barang-barang dapat ditransform ke peti yang baru dan muat maka perkhidmatan freezer ni akan di stop dulu buat sementara waktu..hehehee




Dan beginilah kelihatan hasil makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang baru ini... Puas!!! Cukup puas!!!!








Berbuka puasa di Restoren Medan Ikan Bakar Parameswara, Umbai. Melaka


Minggu lepas, berkesempatan sekumpulan sekeluarga utk berbuka puasa bersama di Medan Ikan Bakar Parameswara. Agak menarik bila menikmati juadah berbuka dengan ikan bakar yang dimakan berama dengan nasi lemak panas2. Nyum-nyum!

Kami sampai pada jam 7 petang. Dan seperti yang dijangka, memang ramai orang di sana. Ada geng2 motor sekali yang turut berbuka disitu pada hari tersebut. Kebanyakkan meja dah fully booked. Ada tertera nama individu yang menempah meja tersebut. Juadah pun dah ready untuk dimakan...

Di sebelah Restoren tersebut ada titi yang menghadap laut Selat Melaka. Ain teruja dan seperti yang dijangka, dia memang nak ke sana.








Dan.... Sementara menunggu waktu berbuka.... Inilah aksi kedua beranak ini. Heheh







Di sekeliling titi ini dipenuhi dengan pokok bakau. Selalunya memang aku tak perasan, sebab waktu malam. So, hari ni perasan lah sekelilingnya ada apa.

Berikut pula adalah aksi para ahli keluarga sejurus dan selepas makan juadah berbuka. Maaf sebab gambar makan tak disnap... Hehe






Oleh, kalau korang ke Melaka, sudi-sudikan lah ke Medan Ikan Bakar Parameswara. Landmark dia sungguh senang... Jalan lama ke Muar dan berhampiran pekan Umbai. Manakala Medan Ikan Bakar Parameswara adalah kedai yang paling hujung sekali bersebelahan dengan laut. SekianG