Day 2 : Ho Chi Min City, Vietnam

Hari ni bermulalah pengembaraan geng minah ke Delta Mekong.. disebabkan jem pepagi hari maka kiteorg disajikan sarapan pagi roti glamour Vietnam berintikan ayam dan sayur bersama air kopi Vietnam di dalam kereta yang sedang menuju ke daerah Mekong.. fuh ayat.. Jauh jugak perjalanan nak ke Mekong nih lebih kurang 2 jam lebih.. sepanjang perjalanan dapat gak tengok aktiviti harian penduduk di Saigon nih.. kalau motor tok sah nak cakap lah sokmo penuh di jalan raya..


Sampai di Mekong kiteorg di bawa oleh minah (our tour agent) naik bot yang ditempah khas untuk kite-kita aje.. best tu siap dengan buah-buahan tempatan lagi.. besar gak sg Mekong nih.. kat sini la orang tempatan membeli bahan makan seperti tembikai, labu, ubi kayu dan macam-macam lagi secara borong.. yang menariknya sewaktu nak beli, bot kene berhenti tepi bot yang jual tu.. setiap bot yang jual tu mesti ade buat petunjuk barangan apa yang dijual.. sewaktu kiteorg sampai tu kira aktiviti jual beli dah tak rancak sebab dah tengahari..



Kendian kiteorg berhenti di satu tempat di mana terdapat aktiviti IKS kampung di situ.. macam-macam barangan dan makanan yang dijual dengan hasil tangan sendiri.. situ aku tak membeli pun just tengok-tengok aje.. di samping tu leh tgk cara macam mana buat kulit popia (famous di Vietnam), buat gula-gula kelapa, buat bipang bertih dan macam-macam la..
Selepas melawat kg kiteorg naik bot semula dan berhenti kat satu tempat ni.. then kiteorg naik sampan untuk menyusuri anak sungai ke kawasan kebun sorang penduduk di situ.. punya seriau naik sampan tu.. leh muat 3 orang aje.. aku duduk diam tak gerak-gerak..


Sampai di perhentian, then kiteorg di bawa jalan-jalan sekitar tuan punya kebun.. bermacam jenis pokok dan buah-buahan.. yang banyak sekali kiteorg Nampak pokok buah mata kucing.. tapi saying baru nak berbunga.. punya la mengidam sampai ada orang beli kat kedai buah.. hehhee.. jalan punya jalan sampai dah kat pondok rehat tuan punya tanah kedaung, kiteorang disajikan dengan buah-buahan then terus sekali dengan makan tghari yang di bawa oleh minah.. selesai aktiviti makan-makan, kiteorang naik bot semula menuju ke pengkalan.. dan terus pulang ke hotel.

Aktiviti malam pula meronda kat pasar malam sekitar Benh Tanh.. jalan kaki aje dari hotel.. masih jugak tak beli apa-apa hanya tengok-tengok apa yang ada dijual.. macam biasa sambil ronda sambil posing sakan.. kebetulan malam tu ada plak diaorg buat rehearsal untuk sambutan apa tah yang 100 tahun.. then balik hotel tido…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...