Menu Hari Ini - Bihun Sup

Lama dah rasanya tak masak bihun sup.. semlm call mak kat kg mak masak bihun sop.. eemm sedapnya.. so ari ni nak buat la..

Disebabkan agak lama dah tak buat berikut adalah resipi yang telah digoogle :

 

Credit to ayu88

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • Bihun untuk 2 orang makan
  • 2 ketul ayam (bahagian berisi)
  • 1 pokok sawi
  • Segenggam taugeh
  • Daun bawang dipotong halus
  • Daun sup dipotong halus
  • Segenggam bawang goreng
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Rempah sup
  • Rempah kurma
  • Garam
  • Serbuk pati ayam
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • Kicap pekat manis
  • Minyak untuk menumis
  • Air

Cara-cara

  1. Rendam bihun dalam bekas berisi air
  2. Tumbuk 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih & halia
  3. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih
  4. Setelah bahan2 tumis kelihatan perang, masukkan ayam dan gaul2kan sehingga kulit ayam kelihatan sedikit perang
  5. Setelah itu, masukkan air secukupnya
  6. Setelah air menggelegak, masukkan rempah sup ke dalam periuk sehingga mencapai kekeruhan yang disukai
  7. Masukkan pula sedikit rempah kurma (anggaran 1 sudu teh)
  8. Masukkan garam & serbuk pati ayam secukupnya, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh
  9. Untuk sambal kicapnya, tumbuk cili padi, seulas bawang merah & seulas bawang putih. Kemudian, masukkan kicap pekat manis dan jus limau nipis
  10. Setelah ayam dalam sup masak elok, keluarkan dan siat2 isinya. Setelah itu, celur sawi, taugeh & bihun
  11. Setelah siap, bolehlah masukkan bihun ke dalam mangkuk, diikuti taugeh, sawi dan isi ayam. Taburkan daun bawang, daun sup & bawang goreng di atasnya.
  12. Hidang dengan sambal kicap

Insyallah... 


Taraaaa inilah hasilnya :

Hasil buatan sendiri

Menu tambahan Tahu sumbat


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...