Kudapan di Hujung Minggu...

Memandangkan weekend nih takde ke mana-mana.. maka eloklah kalau membuat sesuatu yang bisa di kudap-kudap sambil menonton sinetron di hari libur.. waduh-waduh kok ngomongnya indon.. hehehe... Actually aku ade 2 jenis kudapan.. bila dah baca resepinya memang mudah dan kebetulan bahan-bahan memang dah ade.. so ape lagi laju ajelah buat....

Sajian pertama : Tepung Pelita...Idea nak buat nih tercetus bila terbaca kat blog TopsyTurvyMum

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.

  1. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  1. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.

  1. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

  1. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.

  1. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  1. Sejukkan



Sajian kedua : Kek Gula Hangus

Kek ni plak aku teringin nak cuba buat bila merasa kat opis.. member opis aku bagi rasa kek yang dia tempah.. sedap.. dan aku pun google resepinya.. memang mudah aje.. tp yg tak bestnya sebab aku takde mixer.. yang lama dah rosak dan aku dah lesup ke tong sampah.. hahahhaa..


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.

  1. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  2. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  1. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.

  1. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.

  1. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  1. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam" (Aku Kukus lebih sedap)

Tadaaa... ok gak kalau takde mixer.. hehehe
Sekian....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...