Raya Collection

Seperti yang telah kita sedia maklum Syawal telah pun berlalu.. bila dah berlalu ni macam biasa ibubapa dah mula mengira collection duit raya anak memasing... actually aku dah buat awal dah dalam tengah bulan Syawal gitu.. risau pulak simpan lelama kat rumah manalah tau kan malang tidak berbau.. nauzubillah...



Alhamdulillah syukur collection Ain kali nih bertambah... terus bank in dalam Amanah Saham Didik... terima kasih kepada semua yang telah memberi Ain duit raya.. minta halal semuanya ya...


Betul ke Tipu ek

Cer tengok voucher nih betul ke tak betul ek.. confirm ke betul?? Ada sesapa yang dah guna tak..???


Ini link untuk kita print voucher tu http://www.rdasia.com/35-legoland


Selamat Hari Malaysia

Baru-baru ini kita telah sambut hari merdeka negara Malaysia tercinta yang ke 55 Tahun... Alhamdulillah syukur kerana diberi keamanan sehingga ke hari ini..Aku berbangga menjadi anak Malaysia.. perubahan demi perubahan yang berlaku disekeliling membuatkan negara Malaysia tanah tumpah darah ini semakin maju dan semakin dikenali diserata dunia.


Sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos 2012 lalu amat meriah sekali.. walaupun logo hari kebangsaan tahun mendapat kritikan berbanding tahun-tahun sebelum ini namun ini adalah hak Kerajaan Malaysia.. kita sebagai rakyat hanya boleh mengeluarkan pandangan dan pendapat sahaja selebihnya terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat. Bagi aku itu bukanlah satu isu besar... den ok ajo.. hehehhe....



Memandangkan aku tak menyambutnya di sana hanya di dalam tv aje tapi kemeriahan tetap dapat dirasai malah disekitar Putrajaya ini juga telah menunjukkan betapa hebatnya sambutan kali ini.. Kami penduduk kuarters kerajaan di bekalkan satu bendera untuk dikibarkan disetiap rumah.. dan aku amat terkezut dengan sambutan yang dibuat bagi penduduk yang menetap di kawasan apartment. Aku amat tertarik dengan dekorasi yang diberikan oleh penduduk Presint 18R13 di mana tempat Ain bersekolah.. sungguh menakjubkan..





Semoga anak generasi akan datang mengekalkan keamanan negara kita sehingga ke akhir zaman...

Selamat Hari Malaysia 16 September 2012


Menu Hari Ini - Tart Portuguese

Hahahha sebenornya tart nih dah lama buat cuma baru hari nih nak dedahkan.. hehehe.. padahal baru terjumpa gambo-gambo yang diambil semasa buat tart nih.. aku dan en suami memang suka sangat tart telur nih... asal pegi kedai bakery mesti beli benda alah nih.. nak buat tapi mesin putar takde.. bila dah ade nih kene lah try test buat.. sedap tak sedap belakang kira.. hahhaha...

Ok nih dia resepi dan cara-cara nak buat tart yang sedap nih...

Credit to My Resipi

Bahan-bahan ( 6 biji ) 

  • 1 keping Puff Pastry
  • *Bahan-bahan A*
  • 1/4 cawan Gula Halus
  • 1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
  • 1/4 cawan Whipping Cream
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract

Cara-cara

  1. Panaskan oven, 200ºC.
  2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
  3. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
  4. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
  5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.


Inilah hasilnya...

Boleh didapati di Carefour, Giant atau mana-mana shopping
Pastry di belah dua dan ditarik untuk menutup mangkuk
Adunan bahan A di tuang ke dalam pastry
Jaga kawalan suhu.. buruk pon sodap...

Selamat mencuba...



Jamuan Raya Office

Jom layan Pic...

Gambo sakan





Layankan ajelah..

Maaf bermaafan

Gaya anak mohon maaf pada ibu



Sabar menanti

Kambing golek ada

Mee dan kueh teow goreng panas-panas

Orang mula berkumpul

Nasi Briyani sedap

Sabar menanti

Sofia dan ibu

Orang dah mula ramai

Fateha dan ibu

Budak baru baik merajuk

Taken by Ain Syafiqah

Bedal nasi dulu..

Jemput makan semua

Beratur ambil nasi

Ceria dapat makan ek

Show time lagu Suasana Hari Raya

Jamuan Raya Mesiniaga

Jom layan pic sekitar jamuan raya Mesiniaga di Marriott, Putrajaya...


Posing sebelum pergi

Menuju ke kaunter pendaftaran

Kene isi borang dulu

Bukti nama ada

Siap ada main stage lagi..

Posing sket sebelum makan

Jom serbu...

Roti jala memang tak ketinggalan..

Sup ekor memang terbaek...

Makanan tahun lebih sedap dari tahun lepas

Nasi hujan panas.. udang besor tu..

Layan aiskrim

Dah kekenyangan tak tau nak makan apa lagi

Suasana di dalam Ballroom

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...