Hari ni aku buat acara makan-makan keluarga.. memandangkan
raya hari tu aku dah beraya dikampung.. so ari ni beraya dengan keluarga
sebelah husband plak.. selalunya kitaorang akan berkumpul di rumah nenek
husband di Sg Kertas, Selayang.. tapi kali nih dibuat dirumah kami.. Walaupun tak dapat berkumpul semua tapi Alhamdulillah
adik-beradik husband semuanya ada…
Menu hari ni adalah Nasi Tomato, roti jala, nasi impit,
rending daging, puding dan kuih muih… Nasi tomato dan roti jala aku order
dengan kak ina yang kerja sama opis dengan aku…puding dan nasi impit aje aku
masak sendiri… karipap dan popia otak-otak aku beli frozen dan goreng… rendang
daging mak mentua aku buatkan.. thank you yer mak.. hehehhe….
Kebetulan mak dan abah aku ada jemputan majlis kawin kawan
dia di Semenyih.. jadinya dari hari jumaat lagi mereka dah sampai.. dapat
sama-sama berjumpa besan.. hehehe.. sebelum tetamu datang kita makan dulu... hahahaha
Para jemputan sampai dalam sekitar pukul 1.00ptg… memandangkan ini pertama kali diaorang datang ke rumah Putrajaya so ada yang sesat tak jumpa.. tuan rumah kenelah mencari dan bawa ke rumah..
Adik ipar aku Ila dan suami dia ada beli kek untuk meraikan
birthday mak dia dan juga mak aku.. kira sesame besan la.. kebetulan mak mertua
aku lahir pada 28/8 mak aku pula 27/8.. elok sangatlah tu… hehehhee… lawak plak
bila tengok diaorang suap-menyuap.. hehhee….
No comments:
Post a Comment