Kami selamat sampai di hotel Malak Agiyad yang terletak dalam lingkungan 400 meter dari pintu masuk utama Masjidil Haram. Kalau di Madinah, jarak hotel ke Masjid Nabawi hanya 200 meter, tetapi di sini jauh lah sedikit. Namun, disebabkan bentuk perjalanannya yang lurus dan ditambah dengan jumlah jemaah yang ramai berpusu-pusu keluar dan masuk dari dan ke sana, maka ianya tidak terasa jauh.
Pengalaman yang hendak saya kongsikan adalah mengenai kali pertama melihat kaabah secara live di depan mata. subhanallah.
Seperti yg dimaklumkan, kami tiba di hotel pada jam 1.00am. kami mula menuju ke Baitullah sekitar jam 1.30am walaupun pada masa itu baru je lepas loading beg2 di bilik masing. Memandangkan kami masih dalam ihram pada ketika itu, adalah baik rukun-rukun lain di segerakan bagi mengelakkan terlanggar apa2 pantang larang dalam berihram. Dengan semangat yang berkobar-kobar kami terus menuju ke Masjidilharam dengan di bimbing oleh ustaz najimuddin.
Sedikit taklimat daripada ustaz mengenai di mana haru berkumpul sekiranya jemaah terpecah nanti memandangkan terlalu banyaknya orang pada ketika itu.
Rukun tawaf dimulakan di hadapan kaabah. Subhanallah!!! sememangnya inilah saat yang paling sayu aku rasakan. berada betul-betul beberapa meter dari kaabah yang juga merupakan kiblat seluruh umat islam di muka bumi ini. cabaran yang paling utama dalam bertawaf adalah jemaah dari negara lain yang dalam kumpulan besar. pergerakan mereka sedikit sebanyak menyukarkan anda. Namun ini tidak seharunya dilihat dari segi negetif. dan seperti yang telah diperingatkan bahawa kita sememangnya akan diuji dengan pelbagai ujian semasa di tanah haram ini dan kunci kejayaannya adalah 'sabar'. aku tak ada pun mengambil gambar kaabah pada pagi itu kerana aku merasakan inilah saat yang paling dekat di antara seorang hamba dengan penciptanya. mungkin aku merasakan ianya sukar digambarkan, cuma kalau tuan/puan berkesempatan untuk bertawaf, pasti akan memahami perasaan ini.
Semasa tawaf aku dan isteri memimpin tangan anak kami, Ain yang berusia 6 tahun ini. dia kelihatan tenang, namun sesekali gelisah bila dihimpit manusia yang yang lebih besar daripadanya adakalanya. Namun sekiranya kami bertembung dengan jemaah yang agak agrasif semasa tawaf (tolak menolak), sama ada aku atau Isteri akan salah seorang memimpin anak kami. Selepas itu kami berjalan tawaf bersama-sama semula. Perlu banyak bersabar ketika rukun ini kerana manusia terlalu ramai dan diluar kawal. Apapun, kami dipermudahkan.... menjelang sejam kemudian, kami selesai tawaf dan terus menuju ke Safa -Marwa untuk rukun saie.
Semasa saie, Ain dan mula keletihan. mungkin penat tak cukup tido. pada masa kiraan yang ke-4 aku dah terpaksa mendukung Ain dan menghabiskan lagi pusingan ulang-alik ini sehingga ke-7. Apa yang ingin aku katakan, ianya semamangnu meletihkan. tuanpuan perlu memastikan stamina di tahap yang terbaik dengan melakukan aktiviti kecerdasar sebelum menunaikan ibadat umrah. aku semenangnya tercunggapcunggap. namun seperti yang dinyatakan tadi, ianya sebahagian dari ujian yang sedikit kepada kita hambaNya.
Selesai, kami bertahalul. kami lelaki semua mencukur kepala licin... heheh
Alhamdulillah selesai sudah umrahku yang pertama. semoga ianya akan diterima oleh Allah dan diberi ganjaran Insyallah. Allahuakbar!!
- Posted using BlogPress from my iPhone
No comments:
Post a Comment