Family Trip Part 1 - Langkawi

Assalammualaikum...

Baru-baru ni kitaorang gi holiday ke Langkawi bersama dengan family belah husband.. kira ni 1st time gak kami holiday bersama ditempat jauh.. perancangan ni dah lama buat.. tiket pun dah beli dari tahun lepas lagi.. Alhamdulillah semua dapat meluangkan masa bersama.. Seawal pagi kami telah berkumpul di LCCT kerana flight jam 10 pagi... percutian kami hanya 3 hari 2 malam sahaja... kami naik ERL untuk ke LCCT...



Bagi memuatkan kami 12 dewasa 4 kanak-kanak, aku sewa Mahsuri Homestay.. memang berbaloi dengan pakej yang ditawarkan.. rumah selesa dengan katil yang banyak dan disertakan bersama kereta.. memandangkan kami ramai jadinya aku memilih pakej homestay bersama kereta Suzuki Urvan berharga RM780 utk 3 hari... Korang boleh survey kat web Mahsuri Homestay Alhamdulillah muat untuk kami semua...




Sampai di Langkawi kami balik ke homestay untuk solat..then kami keluar semula untuk makan.. pilihan kami gerai makan depan HIG yang baru tu... memang favorite nasi goreng Langkawi ni sampai 2 kali datang makan...



Dah selesai makan apa lagi borong coklat la... ni lah hasil tangkapan memasing.. kali ni niat nak beli Pepero tak dapatla sebab takde sijil halal...




Kami fokus HIG yang baru aje sebab besar dan selesa..


Selesai shopping ape lagi selfie beramai la kononnya..




Then kami pergi dataran helang.. tempat wajib gak ni datang ke Langkawi untuk ambil gambar walaupun dah banyak kali pergi...rombongan kami ni ada juga yang baru pertama kali sampai ke Langkawi...






Malam selepas makan kitaorang jalan-jalan kat area pekan Kuah.. kebetulan ada jualan bazaar disepanjang jalan di pekan kuah..





Esoknya perjalanan kami diteruskan ke kawasan cable car.. kali ni aku tak naik cable car sebab dah pernah naik dulu.. so hanya jalan-jalan dan bawa ain naik kuda.. bukan main suka lagi dia naik kuda..








Kemudian kami menuju pula ke minyak gamat warisan



Dan seterusnya ke Makam Mahsuri... hehe kira ini pertama kali aku masuk Makam Mahsuri walaupun dah banyak kali gi Langkawi.. dek kerana pertama kali aku masuk hujan turun dengan selebatnya.. hahahhaa...





Balik rumah rehat dan solat.. petang dalam pukul 5 kami gerak ke Pantai Cenang.. budak-budak begitu teruja untuk mandi mandi.. ini pun satu hal.. tak penah-penah gi Langkawi mandi manda so kali ni layankan ajela.. hehehe...








Pagi selesai sarapan kami keluar untuk habiskan duit yang ada.. hahahaha..so kami pergi ke HIG dan Idaman Suri.. balik dari shopping kami kene bersiap-siap untuk berangkat pulang.. selesai makan tenghari kami bersiap untuk ke airport..





Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah masing-masing.. Terima kasih pada Ibu dan Bapa mertua, adik beradik suami dan semua yang hadir.. lain kali kita plan ke tempat lain pula.. Insyallah...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...