Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Semoga semuanya sihat-sihat di pagi hari Jumaat yang penuh Barakah ini. Hari ni sambung kerja, cuma orang rumah tak sihat sikit sejurus pulangd dari Taiping. Actually sebelum tu pun dah ada demam dan batuk-batuk. So, hari ni jumpa Doc dan dapatkan ubat yang perlu. Sementara tu, jom baca kisah larian aku yang tak seberapa di Taman Tasik Taiping ni. heheeh
| | | | |
Centre Point Taman Tasik Taiping |
|
|
Tasik ni terletak betul-betul di hadapan Hotel Flangminton. Tak jauh daripada itu, adalah Zoo Taiping. Satu pusingan bersamaan dengan 1 KM lebih...atau hampir dekat 2KM. Agak susah nak culculate actually, sebab banyak pilihan jalan yang boleh diambil.
Permandangan? sememangnya ala-ala tasik la kan. Bagi pelari, boleh memilih untuk berlari di laluan pejalan kaki yang bersebelahan dengan jalan raya utama, selain belari di sebelah laluan dalam yang merentasi tasik. Kalau penat, ada bangku untuk berehat. Orag jual air takde, so dinasihatkan bawa stock air sendiri.
Mengenai bentuk trek, mamng agak kecik dan beralun. ada juga batuan yang tidak rata yang boleh menjejaskan tapak larian anda. so hati-hati.
Kehijauan sememangnya adalah daya penarik utama kawasan ini. Jumlah pelari/ Orang bersenam juga agak ramai terutama pada sebelah petang. since aku berlari pada hari bekerja, kelihatan banyak juga manusia yang kebanyakkannya orang dewasa. Sesekali anda akan nampak jugaa pasangan kekasih (agaknyalah) yang sedang memadu janji di tepian tasik ini. Agaknya pengaruh Hindustan kot..ayooooo..
Pokok ni sememangnya mendapat perhatian aku.. batangnya disebelah kanan, manakala dahannya menghala ke kiri dan seakan mencecah tasik. Ia membuat laluan pejalan kaki ini redup...emmm..
Target aku? tak banyak. just improve 5KM untuk jangka masa bawah 30 minit. ermm...ternyata gagal lagi. lepas je 2KM..dah start berjalan. so, banyak buang masa disebabkan berjalan kaki secara berselang-seli. Memang niat nak push jauh...tapi sebab nak drive balik ke rumah dan belasah mee udang mak jah. so, balun relex-relex je laaa....heheh
Tenang bukan?
Next target, aku nak cuba buat 5Km dalam 20-25minit. masih susah nak pecahkan angka ni...adoiiii
So, inilah cacatan peribadi aku kat Taman Tasik Taiping. Just 30 minit sahaja..ermmm....