Assalamualaikum...
Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana masih diberikan peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini.. Semoga umur kita semua dipanjangkan olehNya.. Amin..
Fuh mukadimah dah islamik sket.. apa-apa pun kita memang kene banyak bersyukur dan selalu mengingatiNya....
___________________________________________________________________________
Okeh nih nak citer pasal larian weekend lepas.. yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar Politeknik Merlimau di bawah Jabatan Pelancongan & Hospitaliti.. Larian ke tiga kami pada bulan ke tiga gak... konon-konon 1 bulan 1 larian dah macam tema 1 murid 1 sukan plak kan.. hahahhaha
Okeh kenapa MERLIMAU?? Jawapannya senang aja..
Pertama : Dekat ngan kampung halaman senang sket nak pegi di samping leh jengguk mak abah..
Kedua : Harga murah RM25.00 seorang dapat T-shirt dan Bib
Ketiga : Penting sekali adalah semua finisher dapat 'Sijil dan Medal'
Sampai di car park yang disediakan seawal jam 7.00 pagi.. posing memang tetap posing la kan.. lari tak seberapa posing aje lebih.. hahahaha
Kalau dah pengurusan budak-budak ni biasalahkan mesti lewat mula punya.. mula-mula kene warm up dulu dengan Zumba...
Sudahnya kol 8.00 pagi baru mula lari.. mujur cuaca tak terik sangat... jarak larian kali nih agak jauh sket dari yang sebelum nih.. 5.5 km.. adik dah survey jalan ni dia kata jauh gak.. haha layan ajela...
Bila dah abis lari tengok rekod kat Nike+ rupanya 6.66 km hampeh tol... patutla rasa macam jauh semacam aje.. tapi Alhamdulillah dapat gak selesaikan dalam masa 1 jam 15 minit... track memang hampeh la naik turun bukit.. hehehhe
Bila dah selesai tu posing lagi la.. hehehe tp kene makan pisang dulu untuk dapatkan kembali tenaga yang dah hilang.... pastu balik terus malas nak tunggu panggilan cabutan bertuah.. rasanya tak bertuah kot.. hehehe
Jumpa lagi larian bulan April.. sekian.. hehehehe
No comments:
Post a Comment