Trip Gold Coast, Australia : Islander Resort Hotel

Assalamualaikum..

Moh kita teruskan.. sepanjang kami berada di Gold Coast kami menginap di Islander Resort Hotel.. ceh mcm la lama sangat padahal 2 malam sahaja.. org kata kalau booking awal akan dapat harga murah sket.. kekdahnya akak dah book penghujung bulan 12.. ada gak la beberapa short listed hotel dah buat booking...setelah membuat kajian dan baca review org akhirnya Islander Resort menjadi pilihan..


Ternyata pilihan kami kali ni tepat.. hehhehe ini pon recomended daripada beberapa blogger yang pernah menginap disitu terutama JM.. walaupon kami 3 beranak aje tapi kami pilih One Bedroom Apartment.. kelebihannya ada kitchen boleh masak memasak.. katil yg dia bg 1 king dalam bilik dan 2 single kat ruang tamu.. giler tamak.. hehehhee







Lega sket bila ada dapur ni.. senang akak nak sediakan makanan.. walaupun panaskan makanan dalam tin tapi memang kene ada la.. peralatan yg disediakan pon cukup.. cuma sebelum guna kene samak terlebih dahulu dengan sabun Taharah...





Tempat memang strategik.. nak pi pantai pon dekat.. kedai-kedai pon bersepah kat bawah.. hardrock pon depan mata.. yg penting station tram terhampir adalah Cavill Station... senang nak bergerak...






Masa nak check in bilik tu kene bayar deposit sekuriti sebanyak AUD100.. tak kisah nak byr cash or kad kredit.. kalau pakai kad, refund diorg akan buat dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh kita check out... walaupun hotel yg kami booking ni dapat sekali ngan breakfast tapi kami tak pegi pon.. makan makanan kami sendiri aje... kami dapat tingkat 10.. tingkat kedua last.. mmg bestla view mengadap kedai2.. leh nampak replika gitar hardrock tu...

Kesimpulannya kalau ada rezeki pegi lagi ke Gold Coast ni memang akan stay kat sini la.. hotelnya bersih, staff yg friendly dan lokasi yg strategik... kebetulan jumpa gak satu family dari Penang duduk di level yang sama dengan kami...


2 comments:

  1. Babe cepat2 habiskan next episode @ GC nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhee insyallah.. terima kasih kerana bersabar.. hehehhee

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...