Day 3 : Ho Chi Min City, Vietnam


Tour pada hari ke 2 ni pun agak jauh jugak tapi taklah sejauh macam pergi Mekong.. Semlm seharian di atas air, hari ni plak di dalam hutan dan ada di antara kami di bawah tanah a.k.a terowong.. hahahha.. awal-awal lagi minah dah bgtau kiteorg suh pakai baju warna gelap-gelap sebab nak masuk terowong..

Sebelum bergerak sempat lagi breakfirst di dalam bilik hotel.. dalam perjalanan macam biasalah melihat kiri dan kanan aktiviti penduduk tempatan. Lawatan pagi ini menuju ke Chu Chi Tunnel.. Tempat ni merupakan kawasan peperangan suatu ketika dulu di antara orang Vietnam dgn orang Inggeris kot.. hehe tak minat den ngan bab-bab sejarah nih..

 
Di sini kami di bawa melihat bagaimana askar-askar Vietnam menyelamatkan diri mereka dari musuh.. ternyata sungguh kreatif orang Vietnam dalam membuat jerangkap samar dan tempat persembunyian. Menariknya kami di bawa masuk ke dalam terowong yang gelap dan hanya muat-muat badan aje.. oppss aku, sha dan mimi tak masuk.. maklumlah insan istimewa.. hahhaha.. ternyata lin dan zue berjaya menampatkan perjalananannya di dalam terowong yang gelap gulita sejauh 10 meter rasanya kot.. kan dah sakit-sakit badan tu.. ape taknya siap merangkak, meniarap dan mengesot (dah macam citer seram suster ngesot plak) terowong tu makin lama makin kecik.. selamat aku tak masuk hahhaa.. 


Selesaikan aje pengembaraan, kiteorang di sajikan Nasi goreng Vietnam yang di bawa minah untuk santapan tengahari.. untuk pengetahuan korang pakej yang kiteorg ni ambik memang la fullboard tapi tak makan di restoren sebabnya menurut cik minah kita katanya sini restoren halal belum tentu 100% halal.. dah lapar balun ajela..

Selesai makan kami menuju balik ke bandar Saigon dan terus ke War Museum.. di museum ini terdapat perlbagai koleksi barang semasa peperangan dan juga koleksi gambar-gambar mangsa kekejaman Inggeris.. sedih gak tengok gambar-gambar nih tapi disebabkan dek kepenatan dan keletihan kami sekadar tengok dan bergambar sahaja.. then minah hantar kami ke Hotel untuk berehat sebelum keluar shopping di sebelah malam.

Malam hujan dengan renyai-renyai.. kami memberanikan diri berjalan sendiri ke pasar malam Ben Than tanpa minah di sisi.. ewahh.. dapat la rembat key chain, fridge magnet dan t-shirt Vietnam untuk kawan-kawan dan sanak saudara.. balik hotel dan tido..

Day 2 : Ho Chi Min City, Vietnam

Hari ni bermulalah pengembaraan geng minah ke Delta Mekong.. disebabkan jem pepagi hari maka kiteorg disajikan sarapan pagi roti glamour Vietnam berintikan ayam dan sayur bersama air kopi Vietnam di dalam kereta yang sedang menuju ke daerah Mekong.. fuh ayat.. Jauh jugak perjalanan nak ke Mekong nih lebih kurang 2 jam lebih.. sepanjang perjalanan dapat gak tengok aktiviti harian penduduk di Saigon nih.. kalau motor tok sah nak cakap lah sokmo penuh di jalan raya..


Sampai di Mekong kiteorg di bawa oleh minah (our tour agent) naik bot yang ditempah khas untuk kite-kita aje.. best tu siap dengan buah-buahan tempatan lagi.. besar gak sg Mekong nih.. kat sini la orang tempatan membeli bahan makan seperti tembikai, labu, ubi kayu dan macam-macam lagi secara borong.. yang menariknya sewaktu nak beli, bot kene berhenti tepi bot yang jual tu.. setiap bot yang jual tu mesti ade buat petunjuk barangan apa yang dijual.. sewaktu kiteorg sampai tu kira aktiviti jual beli dah tak rancak sebab dah tengahari..



Kendian kiteorg berhenti di satu tempat di mana terdapat aktiviti IKS kampung di situ.. macam-macam barangan dan makanan yang dijual dengan hasil tangan sendiri.. situ aku tak membeli pun just tengok-tengok aje.. di samping tu leh tgk cara macam mana buat kulit popia (famous di Vietnam), buat gula-gula kelapa, buat bipang bertih dan macam-macam la..
Selepas melawat kg kiteorg naik bot semula dan berhenti kat satu tempat ni.. then kiteorg naik sampan untuk menyusuri anak sungai ke kawasan kebun sorang penduduk di situ.. punya seriau naik sampan tu.. leh muat 3 orang aje.. aku duduk diam tak gerak-gerak..


Sampai di perhentian, then kiteorg di bawa jalan-jalan sekitar tuan punya kebun.. bermacam jenis pokok dan buah-buahan.. yang banyak sekali kiteorg Nampak pokok buah mata kucing.. tapi saying baru nak berbunga.. punya la mengidam sampai ada orang beli kat kedai buah.. hehhee.. jalan punya jalan sampai dah kat pondok rehat tuan punya tanah kedaung, kiteorang disajikan dengan buah-buahan then terus sekali dengan makan tghari yang di bawa oleh minah.. selesai aktiviti makan-makan, kiteorang naik bot semula menuju ke pengkalan.. dan terus pulang ke hotel.

Aktiviti malam pula meronda kat pasar malam sekitar Benh Tanh.. jalan kaki aje dari hotel.. masih jugak tak beli apa-apa hanya tengok-tengok apa yang ada dijual.. macam biasa sambil ronda sambil posing sakan.. kebetulan malam tu ada plak diaorg buat rehearsal untuk sambutan apa tah yang 100 tahun.. then balik hotel tido…

Day 1 : Ho Chi Min City, Vietnam

Trip kali ni adalah HO CHI MIN CITY a.k.a SAIGON.. kenapa ke sini?? entah la dah kekawan nak ke situ aku follow aje.. tambah plak abg dah bg green light laju aje la aku.. hehehe.. dah setahun pun book tiket tu dari 10 orang jadilah 5 orang aje.. ok lah tu dari tak jadi langsung.. hehhee.. ain?? em mcm biasalah di pos ke kampung.. kecik lagi nak bawak pun leceh.. nanti dah besar sket ibu bawak jalan k.. kan ibu dah book tiket ke Bandung tahun depan.. hehhe

Jom follow citer penggembaraan aku di sana....

Nak kata full day pun tak jugak sebab masih bekerja hari pertama ni cuma half day aje sebab flight kol 6.30 petang..sampai airport awal dalam kol 2 lebih.. lepas tu melepak la sampai tunggu naik kapal.. sampai di saigon kol 8 lebih.. boleh tahan canggih gak airport saigon nih mcm KLIA plak.. sunyi dan bersih aje.. maklumlah minah (our tourist guide) dah tunggu dah.. then bawak gi makan malam dan terus check in hotel.. hotel boleh tahan besar dan selesa.. mlm ni takde aktiviti apa2 memandangkan semuanya mcm keletihan dan hari pun dah malam.. so tidoo.. kitaorang tido di Thanh Hai Long Hotel.. pakej yang kiteorg ambik dengan minah nih adalah RM620 = makan + hotel + transport + enterance fee utk 5H4M.. minah tak ambik tips sebab dah include dalam harga pakej.. kalau ambik tips lagi mahal..

* Posing di LCCT dan Tan Son Nhat International Airport *

oppss lupa plak nak perkenalkan orang-orang yang ada dalam siri jelajah ini seperti berikut :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...