Entry kali ni aku nak citer sket pasal karenah si kecik ku.. Ain Syafiqah.. agaknya mmg dah lumrah perangai budak kecik yang belum mengerti apa-apa bila kite marah, larang dan tegur dia.. so far aku tgk ain dah paham apa yang aku cakap especially bende2 yang positive tapi bila aku kata jangan, nanti, sabar, tunggu, kejap dan seumpamanya dia tak paham.. seboleh-boleh nak jugak dan tak sabar-sabar..iisshh sabau ajela..
Geram aku bila dia mula buat perangai.. betul-betul menguji kesabaran aku.. bila melalak atau aku tak pedulikan bila dia menangis..kesian plak tgk dia.. meraung-raung mintak kite pujuk dia.. hati kecik aku ni bukannya tak sayang dia cuma nak ajar aje.. tapi bila pikir balik dia hanya budak kecik yang belum tahu ape-ape sgt pun.. tapi aku lupa.. bila marah lagi babap lagi.. sian anak aku..
Tapi ain ni aku tgk mmg kategori yang nakal dan lasak mengalahkan budak lelaki.. tak reti duduk diam.. terkinja sana lompat sini.. mulut tu sama aje bergerak ngan badan.. suruh tido sket punya susah.. gelihati aku tgk gelagat dia sekarang nih.. syukur pada Allah kerana mengurniakan dia pada aku & suami..
Bila balik kg.. dia la tumpuan org dengan keletah dia.. buat semua orang gelak besar.. tapi yang cukup merisaukan aku bila dia meniru semua ape yang kita buat.. sampai satu masa tu aku terkejut bila aku berpura-pura nangis depan dia then dia suruh aku diam sambil tunjukkan jari telunjuk sama seperti aku buat dekat dia sewaktu dia menangis.. adakah cara aku itu akan mempengaruhi perangai dia akan datang nanti..?? Risau betul aku..
-aReLyNn-
No comments:
Post a Comment