Alhamdulillah dapat juga lagi beraya di kampung Bukit Larang, Telok Mas, Melaka... tahun depan kita raya KL dulu ek abg.. insyaallah...
Memandangkan raya tahun ni agak biasa-biasa aje sampai gambar pun tak semangat aje nak ambik.. maklumlah kamera dah rosak.. nak beli baru duit tak mencukupi.. bukan tak nak beli cuma nak kene pilih yg bebetul dan mantop.. kalau takat biasa-biasa tu boleh sgt cuma tak nak menyesal dikendian hari.. hehehe.. so pakai ajelah kamera adik.. jgn tidak sekurang-kurangnya ade kenangan di pagi aidilfitri....
Gambo nih di ambil selepas balik solat sunat aidilfitri sewaktu acara maaf bermaafan bermula.. tahun nih kiteorg decide ambik gambo dulu sebelum menangis.. nanti hilang semua make up.. tu yg posing sakan.. Raya tahun nih tema color biru.. so semua pakat pakai baju color biru.. ok gak..
Bila time orang nak salam mintak maaf si kecik sebok dok tengah2 atok ngan nenek dia.. bila orang sakan nangis dia pun sebok nangis.. hehehe lawak betul.. Bila dah selesai maaf bermaafan maka bergerak la ke kubur untuk menziarahi saudara mara yang telah meninggal terutama atok dan nenek..
Lepas tu pergi umah satu-satunya atok yg tinggal.. dan melawat sanak-saudara.. dalam pukul 12 lebih dah cabut balik umah.. sebelum umah mak diserbu dek sanak saudara kami semua dok lepak charge tenaga.. dalam kol 4 lebih umah mak dikeremuni adik beradik dia.. sampai ke mlm.. kira tahun ni makan tak puas la sbb letih dok menjamu orang aje.. tambah pulak adik-beradik mak tidor umah so tak dpt ke mana-mana la..
Raya ke tiga baru dapat bergerak berkunjung rumah kawan-kawan rapat mak semasa dok berek polis dulu.. Raya ke empat dah balik semula ke Bangi...
-aReLyNn-
No comments:
Post a Comment