S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I R.A.Y.A

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat islam dia Malaysia dan di mana-mana sahaja.. lambat sket nak ucap sebab dah balik kampung pastu malas nak online sebab sebok buat persiapan raya..

Actually hari khamis ptg aku dah cabut balik kampung.. kebetulan tak berapa sihat asyik bersin-bersin aje.. tambah lagi kepala dah pening2 lalat so husband pun pi klinik carik mc.. pastu terus le balik kg.. Kalau balik jumaat sure jem gile punye.. sampai kampung biasa la dok mengayam ketupat.. raya tahun ni mcm ok sket sbb semuanya dah ready awal dah.. so takde la pack sgt dengan kerja-kerja memasak..


Pagi raya selepas solat sunat raya, masing2 dah ready nak mintak bermaaf-maafan.. raya kali ni hanya aku satu family aje balik.. amat ngan jue tak dpt balik sbb turn jue kene keje xleh cuti.. lepas dah bermaafan bergerak pula ke umah atok.. singgah kubur dulu.. umah atok pun tak de org sgt sbb semuanya balik umah mak mentua masing2.. kira tahun tak berape meriah sbb semua dgn urusan masing-masing..

Tghari balik semula ke umah mak.. lepak2 jap.. ptg terus kene serbu adik beradik mak.. Dari johor, singapore, KL, Serting..meriah sungguh..mlm pulak adik beradik abah dtg.. fuh jenuh den nak menyediakan makanan.. sampai tak selera nak makan.. letih melayan tetamu la katakan.. Raya ketiga baru dapat jalan beraya umah kawan mak ngan abah.. raya ke 4 aku dah balik Bangi balik sebab raya ke 5 aku dah kerja.. hehehhehe

Kesimpulannya.. raya tahun nih biasa-biasa aje.. serba sederhana.. dan meriah..

-aReLyNn-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...