Kenduri Kesyukuran MIL

Asalammualaikum...

Habis sudah cuti panjang untuk bulan nih.. alangkah seronoknya kalau tiap-tiap bulan ade cuti sambung menyambung nih.. hehehhe.. cuti kali ni aku agak lewat sket pulang ke kampung.. sebabnya Mertua aku ade buat kenduri kesyukuran kecil-kecilan.. jemput kaum keluarga terdekat, kawan Marhaban dan jiran terdekat.. Majlis nih buat pada hari ahad lepas.. selepas majlis selesai kitaorang pun cabut balik ke Melaka.. mujurlah buat kenduri pagi sampailah jamuan makan tengahari..

Kawan Marhaban Mak

Sedapnya dia tido...
Sehari sebelum kejadian aku datang menolong la ape yang patut.. yang menakjubnya pagi esoknya kami datang dalam sekitar jam 8 lebih dah siap terhidang pelbagai lauk.. isshh kol bape agaknya mertua aku ni bangun memasak ek.. hehehe.. hebat sungguh.. 

Siap terhidang

Ulam-ulam

Ikan masin goreng

Sambal Belacan

Sayur kacang buncis

Ikan Cencaru masak sambal

Ayam Goreng

Masak Lemak Pisang

Sambal Udang Petai

Menu lain yang tak sempat di snap.. Kuih Karipap, Kuih Kasuwi, Puding Jagung, Kuih Donut.. Semua nih kak ipar aku yang bawak.. aku bawak tembikai aje.. hehehhe... sorryla mak ek tak sempat nak buat daaa.. hehehe.. itu aje yang berkesempatan...


Aif suka kacau kak Ain







Bakal Birthday Boy minggu depan...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...