Layan Movie : Bini Biniku Gengster



Giler kentang ape cer asyik layan movie aje nih.. bahaya..bahaya... bawak bertaubat.. hehehe.. punya la tak sabo nak tunggu hari rabu.. godaan begitu kuat akhirnya terbeli gak tiket wayang jumaat malam lepas.. ok gak citer ni banyak aksi sampai rasa mcm mual plak.. tah la tak tau nape.. jom layan sinopsis citer nih..


Sinopsis Bini-Biniku Gangster:- 

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. 


Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam. 



Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.


Tajuk Filem:
Bini-Biniku Gangster


Pengarah:
Ismail bob Hashim


Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.


Dipawagam:
22 September 2011


Pelakon Bini-Biniku Gangster:
Shaheizy Sam
Yana Samsudin
Intan Ladyana
Zul Handyblack

Layan Movie : Raya Tak Jadi



Semalam pi layan citer Raya Tak Jadi... bawak sikecik.. maklumlah hari rabu tiket murah.. sejak dok Putrajaya ni kerap plak tgk wayang.. dah dekat la katakan.. hehhee.. kelakar betul citer ni.. rasanya citer ni lagi best dari Hantu Bonceng.. hehehe.. ain pun bukan main concentrate lagi...jom layan sinopsis pasal citer nih..


Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakalmengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi.



Shuib mempunyai seorang adik yang pekakiaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.

Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya.

Tajuk Filem:
Raya Tak Jadi

Pengarah:
Prof Madya A. Razak Mohaideen

Penerbit:
Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. , Primeworks Studios Sdn Bhd

Dipawagam:
15 September 2011

Pelakon Raya Tak Jadi:
Saiful Apek
Johan Raja Lawak
Dato’ Jalaluddin Hasan
Tengku Iedil Putra Alaudin
Wan Sharmila
Noreen Noor
Mak Jah
Mohd Farid Wari

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke

Tu diaaa.. dah pandai kecek jepun.. hehehe sebab ni la kitaorg kat opis takde keje lain selama 4 bulan nih.. memang leceh dan mengarut tapi bila dah siap mmg kemas dan mudah untuk di cari sesuatu fail tu.. jom tgk apa tu 5S yang sebenarnya...

 
Apa Itu 5S? 

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

Sisih (Seiri)

Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.

Susun (Seiton)

Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.

Sapu (Seiso)

Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.

Seragam (Seiketsu)

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.

Sentiasa Amalkan (Shitsuke)

Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati. 

Inilah hasil yang dah kitaorang bersama buat.. warna tema yang kiataorg dapat adalah 'PEACH'.. 


Ruang Rehat

Sistematik Failing

Master Listing Failing

Nama Staff di Partition

Nama Staff di Bilik Pegawai




Suis lampu pun kene tagging

Dalam laci pun kene susun


Ruang Menunggu
















Makan..makan..makan...

Hah ni lah dia tajuk hari ni.. ape taknya sampai 3 undangan jamuan raya serentak berlaku hari ni..

Actually hari ni ada Jamuan Raya Kementerian Kewangan, Jamuan Raya Mesiniaga di Marriot Putrajaya dan Jamuan Raya Taska Narizan... so aku pergi jamuan kat Marriot.. biasalahkan makan hotel class sket.. hehhehe... tempat pun selesa.. Antara menu yang ada seperti Nasi Beriyani Gam, Satay, Asam Laksa, Ketupat, Rendang dan macam-macam lagilah..










Pastu balik singgah plak ke Taska Narizan.. walaupun perut dah kekenyangan tapi pergi jugak la sebab anak kita dah kat situ.. nanti ape plak kata cikgu-cikgu.. hehehhee... jamah gak la satu dua kuih selebihnya tapau... hehehhe









Jamuan Hari Raya JANM 2011

Alhamdulillah dapat makan lagi.. minggu ni memang minggu untuk makan laa.. tapi yang boringnya menu sama aje dengan tahun-tahun sebelumnya.. tapi takpelah orang dah bagi balun ajelah.. sambutan kali ini bersekali dengan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) dan farewell bagi yang bersara wajib.




Ketua 5 S ZON DELTA 5

Lorna dan Kak Liza

Sebelah tu bukan daddy Qasih yer...
Turun ke tempat kejadian aku dah suh member chopkan tempat.. aku gi ambik ain.. bukan main seronok dia dapat pelepasan tambah plak ada fateha sekali...

Bersama dengan contoh bapa kemerdekaan
BFF
Ceria ek nak dapat duit raya...
Bila MC bagitau dah boleh makan ape lagi serbu laa... walaupun menu biasa, makan tetap kene makan gak.. Tapi kali ni agak teratur sedikit cuma stall aje tak berapa banyak.. satu menu satu stall.. so ape lagi beratur panjang la jawabnya..

Makan dan posing kene seiring

Sedap sangat makan nampak,,,




 

VVIP
Lepas makan-makan sambil dihiburkan penyanyi tempatan tiba plak masa untuk collect duit raya.. beratur panjang la bebudak taska..

Beratur sebelum dapat duit raya...

Sebelum tu posing dulu..
Nama sapa..?? AIN....
Nama sapa..?? FATEHA..
Yeaaaahhhh dapat duit raya + goodies beg...
Selesai dapat duit raya post balik bebudak ni ke taska semula.. ibu-ibu sambung makan balik.. hahhahaa...

Bersama dengan pencedok cendol + ABC...


Selesai sudah jamuan raya jabatan.. tunggu ape berlaku esok plak.. hehehhehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...