Kenangan Terindah - Rumah Pertamaku

Asalammualaikum...

Diharap semuanya ceria dan sihat-sihat belaka.. hehehe mcm nak karang surat plak..

Entry kali ni aku nak abadikan tentang rumah pertama kami yang dibeli sekitar 2005.. masa beli ni pun memang gamble aje.. baca dalam paper terus pi kat tempat pemanju.. harga yang ditawarkan memang sangat menarik dan berkemampuan pada masa tu..


Bila dah pi terjah kat tempat pemaju mcm berminat plak.. booking hanya RM500 aje plak tu.. tambah plak mmg dah plan nak guna loan gov so tak payah keluar 10% untuk deposit...so terus la book.. rumah yang aku berkenan ni 1 1/2 tingkat di mana tingkat atas adalah master bedroom sahaja.. memang cantek la privacy takde org turun naik..tambah plak time tu lom ada anak lagi so oklah..





Masuk tahun 2007 rumah dah siap.. loan pun dah mula potong.. memang teruja sangat dapat duduk rumah sendiri.. Bila dah dapat kunci barulah buat apa yang patut sebelum berpindah...

Bahagian luar

Ruang Dapur

Ruang Tamu

Bahagian belakang sebelum renovate

Ruang tangga sebelum dibuat stor

Ruang tepi sebelum disimen dan ditile

So sebelum berpindah kami kerjakan ini rumah kasi nampak menarik dan selesa untuk diduduki.. perkara-perkara yang kami buat adalah :

1) Besarkan bahagian belakang untuk buat wet kicthen




2) Pasang grill




3) Pasang tile dan tembok kiri kanan di garaj kereta


4) Pasang kabinet untuk dry kitchen


5) Pasang Pargola



6) Plaster Schilling


7) Pasang lampu dan kipas..






Pertengahan Julai 2007 secara rasminya kami menetap di sini.. memandangkan syarat Bahagian Pinjaman Perumahan waktu mengatakan kami kene keluar dari kuaters sekiranya memiliki rumah menggunakan loan kerajaan dalam lingkungan 25km.. so kami pindah.. tambah plak dari apartment ke teres memang sesuatu yang dinantikan disebabkan masalah parking kereta yang jauh.. inilah hasilnya selepas dimake over..





Hampir 3 tahun kami tinggal di sini sehinggalah Bahagian Pinjaman Perumahan mengeluarkan promosi "Jom Duduk Kuarters".. so aku pun try la apply balik kononnya nanti senang nak hantar anak pi sekolah bila dia dah masuk sekolah.. Alhamdulillah permohonan diluluskan.. makannya bermula tahun 2011 kami masuk semula ke kuarters..


Rumah yang dibeli kami sewakan.. kebetulan kami dapat penyewa yang ok dan senang untuk berurusan.. Sejak dari tahun lepas penyewa kami pujuk untuk jual rumah.. tp kami tolak memandangkan itu sahaja aset yang ada.. tapi bila fikir balik takkan bila dah pencen nak duduk rumah situ..

Kebetulan pula tuan tanah disebelah umah mak aku di kampung nak jual tanah dia seluas suku ekar.. fikir punya fikir akhirnya kami setuju jual rumah tu untuk dijadikan modal beli tanah.. hampir 10 bulan jugakla proses penjualan rumah sampaikan kami terpaksa buat loan untuk beli tanah disebabkan proses yang lama bebenor...Dan secara rasminya rumah pertama kami telah dipindah milik.. banyak kenangan di rumah tu.. terutama membesarkan ain di sana..




Tanah yang kami beli telah dikemaskan.. tah bila nak buat rumah pun tak tau.. kalau ade rezeki insyallah lagi 5 tahun.. kene pikir nih nak design macam mana.. hahhahaha....


Jadinya buat masa ini hanya kuarters sahaja tempat kami anak beranak berteduh.. doakan kami semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk mencapai impian membina rumah idaman sendiri.. Insyallah..


Famous Coconut Shake Klebang, Melaka





Kalau kita ke Melaka, pelbagai tempat menarik boleh dilawati, dan antara tarikan semasa sekarang adalah tempat untuk menikmati air coconut shake yang berada di Klebang, Melaka.




Sebenarnya, lokasi tempat menjual coconut shake ini tak susah untuk dijumpai. ia berada betul2 di Jalan Klebang. dari jalan besar dan nampak. Ini adalah gerai di luar, bagi mereka yang mahu take away sahaja.

kalau bagi mereka yang nak duduk, sila masuk ke dalam ye der.



beberapa lot parking ada tersedia di kawasan ini. kalau nasib baik, ada lah untuk anda. juga kemudahan toilet, juga ada. sediakan. no hal.



okey, mari kita berbicara mengenai air kelapa shake dia. nampak simple je. cuma rasa di cukup ori dan pure. bagi yg order minum duduk, diorg kasi gelas pelastik atau kaca.




kalau korang takeaway, ini untuk korang




takkan air je dak? mesti nak makan sekali kan? untuk itu, juga ada disediakan beberapa pilihan makanan. cuma cepat le ambik, kalau tidak selamattttt (habis)




okey lah... terlaksana gak hajat nak mencuba coconut shake klebang ni. tapi kalau, korang nak minum, dicadangkan datang le pada hari yang panas terik, baru puas menikmati air ni. ciao...

p/s|~~~~> ini adalah beberapa gambar 'Ahkak' di gerai coconut shake Kelang. boleh tengok berapa banyaknya manusia pada hari minggu. pelbagai bagsa & keturunan ada disini. fuh!!!
















- Posted using BlogPress from my iPhone

Ali Ceria's Ihtifal & Year End Concert 2013




Alhamdulillah. Program Ihtifal & Year End Concert bagi Tadika Alif Ceria Tahun 2013, telah berjaya dilaksanakan pada malam jumaat (8 Nov 2013). Walaupun program asalnya dijadualkan pada pagi Sabtu 9 Nov 2013. Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, ianya terpaksa ditunda pada malam berkenaan.

Ain perlu berada di Dewan Auditorium Cempaka sari sebelum jam 7.15 malam. kami bertolak dari rumah pada jam 6.00 petang, dan terus ke kedai makan.


pada malam itu, Ain mengetuai persembahkan lagu Law Kana Bainana (versi Melayu). Bangga aku!! memang penuh keyakinan dari anak kecil ini. Syabas Beti!!! haha







Kredit kepada semua tenaga pengajar Alif Ceria.

http://alifceria.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...