Sinar Permata Rawatan Sinus

Assalamualaikum...

Emm kalau penyakit malas ni dah melanda diri memang susah nak berubah.. hehehe tapi nak tak nak kene gak updatekan.. so lambat ke cepat ke bersabo ajelah ek...

Ok ni nak story sket pasal satu company ni yang menawarkan perkhidmatan merawat sinus... akak nih memang dikatakan ada resdung.. asal mengemas rumah menyapu lantai bersin sakan, kalau tak cukup rehat bersin sakan, kalau cuaca panas muka gatal-gatal dan naik biji-biji mcm kene gigit nyamuk... pernah gak buat rawatan sebelum ni yang bakar la yang golek telur lah.. tup tup mak cadangkan suh try kat Sinar Permata.... pakcik dah 3 kali ulang wat rawatan kat situ.. katanye ok kepala jadi ringan dan berdengkur pon dah kurang... so akak pon tryla utk tengok keberkesanannya...



Kos rawatan ni sekali RM50.00 untuk dewasa RM30.00 untuk budak... rawatan dibuat lebih kurang 1jam lebih... sebelum bersetuju untuk membuat rawatan setiap pelanggan diberikan pengujian terlebih dahulu untuk mengetahui tahap keresdungan memasing.. hehehe ayat tu tak bleh tahan... pengujian ni diberikan percuma aja... bila dah ditest then baru diberikan result sama ada kita ni tahap mcm mana.. so kalau nak teruskan rawatan boleh buat dan kalau tak nak pon takpe...


Nampak rawatan yang dibuat simple aje.. tapi kesan dia macam boleh percaya... 2 putik kapas yang dibasahkan dengan sejenis ubat dan disaluti dengan serbuk khas then masuk kedua belah hidung.. tak sampai 5 minit pesakit akan bersin2 dan lendir akan mengalir keluar melalui hidung.. rasa mcm berangin aje hidung dek kerana ubat tu.. bersin tok sah cakap la mau 10-15 kali.. kalau ada 2-3 org pesakit masa tu mcm berlawan-lawan plak.. ada sorang pesakit tu sampai keluar darah lendirnya.. menurut pekerja disitu katanya pesakit kerap dan suka minum air batu.. hehhehe

Lepas 15 minit then staff situ akan urut dahi sehinggalah ke batang hidung untuk keluarkan lagi lendir yang ada... then buang putik kapas dan hembuskan sekuat hati.. proses ni diulang 2-3 kali...

Sebelum habis rawatan setiap pesakit diberikan urusan mata .. mata dispray dengan air zam-zam pastu pakai alat urutan.. bersandar dan rileks sehingga alat tersebut berhenti...


Bila dah selesai ape lagi bayar la... hehehhee... ooppss jgn lupa ada pantang yer selama 2 minggu.. antaranya adalah :

1. Tak boleh makan ayam
2. Tak boleh makan telur
3. Tak boleh makan ikan tidak bersisik
4. Tak boleh makan aiskrim
5. Tak boleh makan coklat
6. Tak boleh makan kekacang

Memandangkan akak saje nak try test so pantang ni dah terbatal.. so bulan depan buat treatment sekali lagi insyallah akan mengikut pantang ini... en husband pon ada kata dengkur nampak mcm ada kurang sket.. hahhaa yelah tu..

Tak silap akak banyak cawangan ada.. yang akak pegi ni kat Melaka Mall... nampak rawatan ni mcm mudah gak la.. so next month leh cuba lagi.. hehehhee



20 comments:

  1. Kawan sy pergi first treatment dan esoknya hidung berdarah. Akak takde kesan yg mcm tu ke? Sbb risau jugak kwn tu pagi hidung berdarah dan petang pun berdarah semula. Tak pasti tu kesan dari rawatan atau tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi rawatan kt mn ye? Sy pn nk cube jgk. Tp tkt pulak

      Delete
  2. Saya buat rawatan tu takde plak berdarah semasa ataupun selepas rawatan.. tp sy ada nampak org yg tgh buat rawatan tu hidung dia berdarah.. sy terdengar perbualan mengatakan org tu penggemar minum air batu.. itu efeknya.. tapi tak sure la selepas rawatan ada berdarah atau tak.. cuba kawan awak jumpa balik dan tanye...

    ReplyDelete
  3. Assalam..sy pun ada p buat rawatan kat sinar ni..lepas rawatan tu hidung rasa mcm kebas je..pastu rasa tersumbat sepanjang hari..akak ada rasa mcm tu tak lepas rawatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. takde pulak rasa kebas mungkin sbb akak baru pertama kali buat pastu langgar pantang plak tu.. hehehhee...

      Akak ada beli serbuk tu kat pasar tani ada orang jual tapi tak cuba lagi.. hehehe

      Delete
    2. Hidung sy rasa tersumbat lepas rawatan tu..mgkin tisu dlm hidung ada bengkak sikit kot sbb ubat yg pedih tu

      Delete
    3. Lupa plak serbuk tu dari pokok apa tah.. rasanya sama dengan serbuk yg digunakan sinar permata tu.. tapi akak tak try lagi sama ke idak.. hehehe

      Delete
  4. saya ada menjalankan rawatan ni...okay je..setahu sy dia guna serbuk kayu manis..ok je untuk kita herba kann tak memudaratkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah kita ikhtiar aje manalah tau ada hasil kan.. laa serbuk kayu manis ke?? Ingatkan serbuk dari sejenis pokok ubat...

      Delete
  5. Askum.nak tanya sikit.Pertama Kali datang harga 50.00 ringgit jugak ke?..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. masa akak pegi tu dia bg kita test.. Kalau kita Bersin2 dgn ubat yg dia bg tu maknanya kita ada resdung.. Pastu dia akan tanye kita nak teruskan rawatan atau tak.. Kalau nak bayaran rm50 utk dewasa rm30 utk budak.. Now xtau la dah berapa rm..

      Delete
    2. Wsalam.. masa akak pegi tu dia bg kita test.. Kalau kita Bersin2 dgn ubat yg dia bg tu maknanya kita ada resdung.. Pastu dia akan tanye kita nak teruskan rawatan atau tak.. Kalau nak bayaran rm50 utk dewasa rm30 utk budak.. Now xtau la dah berapa rm..

      Delete
  6. Salam sy ada buat jugak minggu lepas sbb sy ada jerawat kronik. Tp lps buat makin banyak jerawat.. Ada sesiapa mengalami nasib sama ke.. Risau sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni yg sy takot kn ni .erm awak berubat kat sni ke

      Delete
    2. Ni yg sy takot kn ni .erm awak berubat kat sni ke

      Delete
    3. Sy buat ok je,tk ada masalah

      Delete
  7. Salam sy ada buat jugak minggu lepas sbb sy ada jerawat kronik. Tp lps buat makin banyak jerawat.. Ada sesiapa mengalami nasib sama ke.. Risau sy

    ReplyDelete
  8. Salam. Saya juga ada buat treatment tu. Tapi lepas treatment...hidung tersumbat habis...semalaman x dpt tidur...lepas tu sinus bertambah teruk hari demi hari....ada sesiapa ada pengalaman yg sama ke?

    ReplyDelete
  9. Pernah dengar pakar kulit ckp.. klu buat rawatan utk jerawat lps apply ubat, jerawat yg ada d bawa lapisan þkulit smua akan kluar pastu baru jerawat hilang... #betul tak betul kurang pasti plk...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...