Jom Beli Barang Raya 2013

Assalamualaikum...

Time nak raya nih memang org gemar sangat menghabiskan duit.. kalau boleh semuanya nak ditukar dengan yang baru.. padahal ada 365 hari setahun tapi time raya nih gak la yang bersemangat nak membuat pembaharuan.. Makanya bagi mereka-mereka disekitar Putrajaya moh kita pegi shooping sakan kat 2 tempat serentak nih..




Hah kau serentak plak tu time dia.. gaji pun dah masuk time tu.. tah2 bonus pun ade sekali.. hehehe.. teman nih shooping ala kadar aje.. takpelah nanti teman update lagi apa yang teman shooping.. Insyallah.. jangan Pergi jangan tak pergi tau..

My New Baby.. :)

Assalammualaikum...

Hahahha tajuk nak gempak.. seronoknya dapat baby baru.... rasa nak ulit aje setiap masa,, tapi ape kan daya... Ni haaa baby baru i u oallsss.. Model 8280


Model ni aje yang mampu i grab.. paling murah.. itupun bayar dua kali u oallsss... kebetulan pegi shooping brg dapur kat Mydin MITC.. ade pulak org Singer nih bukak meja kat situ.. apa lagi.. tanya punya tanya.. hah ambik satu.. hehehe..

Bila dah grab kene la demo mcm mana nak guna.. so layan kan ajela.. nanti dah balik blur plak tak tau nak guna mcm mana.. bukannya sama pun dengan yang lama...




Memandangkan i sekang nih dok ralit belajar jahit baju kurung makanya harus ade bende alah nih.. nak ambik kat kg punya leceh plak.. sian kat abah i nak menjahit langsir nanti dah nak kene gilir-gilir...


Tambah plak langsir kat umah i tu dah 3 tahun tak bertukar.. wajiblah i menggantikannya.. ringan sket keje abah i menjahit langsir.. hehehe.. i pulak yg naik kematu duduk menjahit dari lepas sahur dan hampir setiap malam..


Jualan gudang The Store pada 19 - 28 Julai.




Jualan gudang The Store pada 19 - 28 Julai 2013
Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya. 
DATANG BERAMAI-RAMAI.


Update gambo selepas dah pegi :








Hari pertama Ramadan 1434H




Special hari ni. Telur bungkus, specially order by me.hehe

Al-kisah nak diceritakan tentang budak di bawah ni. Pagi tadi bukan main semangat lagi makan sahur. Nak berpuasa katanya.



Tapi masa amek balik dari nursery, dia kata dia dah buka puasa... Hehe tak tahan katanya.

Tahun lepas alhamdulillah, Ain dapat juga 3 hari puasa penuh.

Thermal Fogging.

Dah sekat seminggu asik thermal fogging aje. Ada kes denggi agaknya sekitar kawasan perumahan kami.

Anyway, thanks kepada semua pihak yang berkenaan.






Bersama keluarga di hujung minggu.




Hari ini, seperti yang dirancangkan, kami seluruh keluarga akan berkumpul di rumah nenek di Selayang. Buat makan-makanlah sikit. Tambahan dah lama tak berkumpul bersama.




Bertolak sekitar jam 11 pagi dari rumah, jalan dah start banyak kereta. Sampai di rumah nenek sekitar 12 tengah hari. Menunggu adik-beradik yang lain. Mcm mana ni? Orang jauh dulu yang sampai? Hehe




Ini adakah antara gambar-gambar yang sempat diambil










Inilah menu makanan yang disediakan ;









Bahan bacaan dan peralatan mewarna Ain

Hari ini ada sesi perjumpaan ibu bapa dan teacher di Tadika Alif Ceria. Alhamdulillah, menurut teacher prestasi Ain agak bagus, dan sekarang dia beralih kepada tulisan dan pembacaan Jawi.

Sejurus kemudian selepas itu, kami ke Kedai Buku untuk mencari satu dua bahan bacaan yang bersesuaian.

Ada satu buku yang menarik minat aku. Pasal Steve Jobs. Tapi tak jadi beli, sebab penulis dia orang lain kot...



Lepas tu, adalah ternampak sebuah buku ni. Mamat ni ada datang Malaysia dulu. Kisah inspirasi kehidupan oleh seorang insan yang kurang upaya tetapi cekal menghadapi kisah hidupnya.....cewah!



Okey! Berbalik pasal buku-buku Ain, kami hanya beli bacaan mengenai kisah para Nabi. Nampak menarik dengan perenggan bacaan yang ringkas untuk setiap kisah. Hargapun berpatutan.



On the way balik, Ain ternampak buku (mewarna) Monsters University... Apa lagi, terjerit-jeritlah dia. Ini semua kenangan Abang promoter yang datang ke Tadika dia tempoh hari. Terus dia nak beli. Hhhmmmm...beli gak lah.







P/S :---> buku set membaca tulisan jawi akan dibeli dari teacher tadika dia nanti. Senang sebab buku yang sama digunakan semasa sesi pembelajaran.

@ajid1977

akhirnya.... dibaiki juga kawasan air yang bertakung di tempat menjemur kain.

Oleh! Lama tak update blog. Penulis asal dah bersara hahaha.

Kali ni nak cerita pasal pembaikian rumah (actually kawasan luar rumah sebenarnya) yang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik.

Masalahnya kecil aje sebenarnya, kawasan air bertakung terutama bila hujan di kawan ampaian kain. Masalah selesai bila diorg tebuk 2 lubang bagi membolehkan air yang bertakung mengalir dengan sempurna. Masalah ni berlaku disebabkan oleh lantai yang tidak rata atau senget sebelah.

Sepetang minum petang.

Ini aku nak kongsikan makanan yang dibuat oleh B untuk minum petang tempoh hari. Memang sedap der..,


Berbekalkan roti Perancis yang dibeli di pasaraya. Pada mulanya aku ingatkan nak buat sarapan makan dengan sup cendawan, namun B ada idea yang lebih baik. Dibakarnya potongan roti Perancis tersebut dengan cheese yang diletakkan 2 ekor udang. Memang sedap makan waktu petang terutama makan sejurus lepas dibakar di dalam oven


Menu kedua ni, gambar dia kurang jelas, tapi inilah dia tahu bakar dengan sos cili mantap!!! Hahhaha... Kalau kebiasaan orang gunakan tahu lombong, tapi kali ini cuba try tahu goreng yang dibakar. Rasanya tahu ini lebih kenyal dan terasa bila dikunyah. Kemudian latak lak sedikit salad untuk hiasan. Perhhhh!!!! Sedap ooooo

P/s: sos ini homemade dan dibeli di Melaka. Ada dijual di pasar malam di Telok Mas. Rasanya pedas-pedas dan sedikit manis. Hoho..,


Ini adalah sos yang digunakan untuk tahu bakar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...