Bahan bacaan dan peralatan mewarna Ain

Hari ini ada sesi perjumpaan ibu bapa dan teacher di Tadika Alif Ceria. Alhamdulillah, menurut teacher prestasi Ain agak bagus, dan sekarang dia beralih kepada tulisan dan pembacaan Jawi.

Sejurus kemudian selepas itu, kami ke Kedai Buku untuk mencari satu dua bahan bacaan yang bersesuaian.

Ada satu buku yang menarik minat aku. Pasal Steve Jobs. Tapi tak jadi beli, sebab penulis dia orang lain kot...



Lepas tu, adalah ternampak sebuah buku ni. Mamat ni ada datang Malaysia dulu. Kisah inspirasi kehidupan oleh seorang insan yang kurang upaya tetapi cekal menghadapi kisah hidupnya.....cewah!



Okey! Berbalik pasal buku-buku Ain, kami hanya beli bacaan mengenai kisah para Nabi. Nampak menarik dengan perenggan bacaan yang ringkas untuk setiap kisah. Hargapun berpatutan.



On the way balik, Ain ternampak buku (mewarna) Monsters University... Apa lagi, terjerit-jeritlah dia. Ini semua kenangan Abang promoter yang datang ke Tadika dia tempoh hari. Terus dia nak beli. Hhhmmmm...beli gak lah.







P/S :---> buku set membaca tulisan jawi akan dibeli dari teacher tadika dia nanti. Senang sebab buku yang sama digunakan semasa sesi pembelajaran.

@ajid1977

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...