Alhamdulillah. Kami selesai melaksanakan tugas selaku pengundi bardaftar kawasan P-125 Putrajaya. Tahun ini kami masih lagi mengudi di Sekolah Kebangsaan Presint 8(2) Putrajaya. Sebabnya? Alamat IC masih belum lagi ditukar ke alamat rumah terkini. So, berbekalkan pengalaman mengundi pada tahun 2008, kami keluar seawal jam 7.30 pagi untuk memastikan tugas mengundi selesai awal.
Sebelum tu , kenalah bersarapan dahulu. Kalau perot kosong pemikiran tertanggu. Ye tak? Hahaha
Apa yg menarik kali ini adalah, jumlah pengundi hadir lebih awal. Sekitar jam 7.45 pagi , dianggarkan sudah mencecah 200 pengundi berdaftar telah memenuhi pintu utama hadapan sekolah berkenaan.
Hal ini amat sekali berbeza pada tahun 2008 (PRU-12), di mana hanya sekitar tak sampai 50 org yang beratur pada masa itu kalau tak silap aku.
May 4, 2013 | Pemandangan sekitar jam 7.52pagi di Pusat Mengungi SK Putrajaya Presint 8(2) bagi parlimen P125. by ajid77 on Keek.com
Kemungkinan pengundi semua mahu selesaikan tugas ini dengan lebih awal. Ramalan kaji cuaca juga meramalkan hujan pada sebelah petang ini. Atau mungkin juga org ramai dah bosan dengan tempoh kempen dan mahu supaya ianya diselesaikan segera.?
Apapun. Kita doakan malaysia yang terbaik. Insyallah.
Sedikit tips dari saya bagi siapa yg bakal mengundi pada hari ini;
1. Jangan lupa bawa kad pengenalan.
2. Sebaik-baiknya semak saluran di daftar pengundi on-line supaya anda tidak pelu lagi beratur untuk menyemak di tempat mengundi. Ini akan menjimatkan masa.
3. Terus ke salurun mengundi anda apabila sampi. Pastikan nombor siri adalah sama seperti mana yang terteradi di kawasan notis yg ditampal SPR (biasanya di pintu).
4. Beratur dengan betul dan sila silentkan telefon mahal anda itu.
5. Bagi yang boleh diberi keutamaan spt ibu baru bersalin/ org accident, sila maklumkan petugas untuk membolehkan anda potong Q dan mengundi laju di saluran anda.
6. Hanya masuk apabila dibenarkan oleh petugas. Ada 3 org di meja pertama. Satu untuk menyemak nama ada. Dua, akan mencalit jari telunjuk anda dengan dakwat kekal dan ketiga, akan memberikan anda boranb mengundi.
7. Awas!!! Selas dicalit dengan dakwat kekal, berhati-hatilah supaya dakwat yg belum kering ini tidak mengena mana2 kawan lain spt baju anda. Lebih penting, jangan terkena kertas undi, dikhuatiri akan menjejaskan undi anda dan menjadi undi rosak barangkali.
P/s :~~~> saya tak nampak lak petugas yg pegang pembaris di peti undi. Tahu ni diorg dah mangsuhkan watak tu kot? And BTW, dakwat kekal ni mmg sememeh.. Yuck!!! Hahahaha
One more thing, tahun ni kita akan tahu siapa yang tak pergi mengundi keesokan hari ni di pejabat, di mana tiada calitan dakwat kekal di jari tangan. Hahaha. Mungkin org ini akan cop guna stamp pad kot.. Hehe
No comments:
Post a Comment