Surabaya : Hotel Kami Menginap

Kembali lagi uolss... kemalasan melanda diriku ini.. tolonggggggg....

Ok ni nak citer hotel yang kami menginap disepanjang percutian kali ini.. memandangkan tempat-tempat yang kami lawati nih jauh dari kota Surabaya makanya kami terpaksa menginap di 3 buah hotel...

Memang agak leceh sebab nak bukak n pack balik beg tapi kami dah buat strategi.. untuk 2 hotel yg jauh tu kami sediakan pakaian dan barang keperluan untuk 1 beg kecil sahaja.. beg troli kami dah simpan kat rumah Wong.. jimat space dalam kereta... nanti hari 3 di Surabaya baru ambil balik beg besar tu...

Hotel Gradia 1

Hotel nih terletak di satu daerah nama dia BATU.. ia merupakan kawasan tanah tinggi jugak sebab bercuaca dingin sekali ala-ala macam Cameron Highland.... nyaman rasanya dok kat sini.. tak puas sebab dok semalam aje... Harga bilik yang kami duduk Rp 340,000 berjenis Family 2. Muatla untuk kami bertiga..



Jarang hotel sediakan bantak peluk 2 biji.. hehehe

War drop yang simple.. tutup aje dgn tirai... 



Konsep bilik yang tak mengadap bilik orang lain.. best



Hotel nih tidak ada aircond sebab cuacanya memang semula jadi sejuk.. memang sejuk.. hehehe




Nak pegi breakfast kene menapak sket.. tapi selesa...

Kaunter Receptionist yang comel aje...

Menu yang disediakan







Yang ni menarik.. pilih aje nak air ape.. jarang jumpa di hotel nih...

Pentas nak buat persembahan kot.. ada ke..???



Hotel Bromo Permai 1

Hotel hari ke 2 kami dok pula ialah Bromo Permai 1.. fuh punyala seksa nak sampai ke hotel nih.. ape taknya hotel nih terletak betul-betul di puncak bukit plak tu.. dah la perjalanan nak ke hotel nih malam.. gelap aje di sekeliling.. rasa mcm menyesal aje dok kat hotel nih memandangkan takde sape yg berminat nak pi tgk Sunrise.. yelah memasing bawak anak tu yg susah sket... tapi sebab nak tgk rupa Bromo tu gagahkan jugak la...



Boleh pilih bilik mana yang sesuai...

Masa sampai malam tu takde la rasa pape pun.. biliknya dah la mahal Rp660,000 untuk bilik triple.. air plak sejuk yang amat.. udara sejuk sangat best... lagi sejuk dari di Batu... bila siang tu rasa seronok plak sebab kawasannya cantik.. atas bukit dan indah sekali pemandangan disekeliling.. nanti aku cerita kendian ek...

Bilik-bilik tetamu.. kami tinggal di area sini...


Restoren untuk kami breakfast.. makanan ok jugak...

Oleh kerana cuaca yang amat sejuk makanya hotel nih tidak ada aircond.. tapi mmg ok sebab sejuk tak macam kat bukit tinggi.. kata sejuk tapi hampeh.. berkipas aku tiap-tiap malam.. hehehhe






Kawasan Wisata di depan hotel..

Pintu masuk restoren...








Hotel Tantris

Hotel ni memang di tengah kota Surabaya.. cuma kedudukannya takleh ditepi jalan utama.. agak tenteram la sket berbanding di sepanjang jalan utama.. hotel nih bersih dan ada lift untuk naik ke bilik... selesa dan kemas aja.. kawasan lobby juga bersih dan besar.... kami duduk di bilik Deluxe berharga Rp 350,000




Ada balcony dari tepi bilik

Bukan main besar lagi peti ais dia...

Decoration lobby hotel yang simple dan tenang...



Lobby hotel


Yang lawaknya breakfast hotel nih di hantar ke bilik seawal jam 7.00 pagi.. mungkin nak jimat atau tak ramai penghuni yang duduk di sini.. hehehe

Ruang menunggu yang besar dan selesa...

Lagi simple war drop nih.. memang diaorg tak suka beli almari agaknya...





Katil King



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...