Alif Ceria's Sport Day 2013

Tunggu sambungan entry Trip ke Surabaya tak kunjung tiba....last-last decide baik post entry pasal last Saturday punya even, Alif Ceria's Sport Day 2013. Ada gak paedahnye...HaHa

Kalau last year, even ini diadakan di Stadium dalam Uniten, tapi kali ni hanya di Kompleks Kejiranan Presint 16. Lebih tepat di padang bola sepaknya. tempat duduk disediakan style podium, tapi tak banyak yang boleh duduk, dan kebanyakkanya gemar turun ke bawah utk menyaksikan aktivi kanak-kanak ni dari dekat dan live.






Apa yang menarik kali ni eh? well, Pn. Fazlin menjual nasik lemak dan bihoon goreng ooooo...hehehe . Rajin dia... katanya "saje suka-suka.." Aku cuma support dari belakang je, bantu beli barang dapur dan tolong potong daun pisang..hehehe






Okeh, berbalik pada program Sport Day ini tadi, mcm dimulakan dengan ikrar menyertai pertandingan oleh kanak-kanak ini. Sebelum itu, semua kanak-kanak dikumpulkan utk bersarapan.





Kali ini dibahagikan kepada 3 iaitu, pasukan Green, Orange dan Purple. Setiap pasukan akan mempamirkan persembahan kumpulan pada upacara pembukaan.







Bagi sukan kali ini, acara keseluruhan telah dimenangi oleh Kumpulan Purple (Presint 18). Tapi kredit sebenar juga harus diberkan kepada semua tenaga pengajar yang telah berjaya mendidik kanak-kanak ini secara keseluruhan dan menjayakan program ini dengan lacar.





Pada akhir program, ada disedikan peralatan menghias lukisan dengan gold-dusk. Turut hadir adalah badut2 yang membuat sesi belon utk diberi pada kanak-kanak.




Beberapa clip persembahan team Purple pada Alif Ceria's Sport Day 2013 (Video)







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...