Mee comply Diet Atkins! #LowCarbs


Bukan nak promote atau nak jual. (Posting ini tidak ditaja bayaran ni! hahahaha). Cuma nak sembang pasal benda ni je. Dinamakan sebagai Produk Kurus! Repack agaknya! Yang menarik adalah ianya rendah Karbohidrat yang mana amat sesuai untuk golonggan-golonggan yang mengamalkan diet rendah karbo. Menarik bukan?

Terdapat dalam berbagai bentuk (rasa sama je), Mee, Kuew Tiow, Nasi. Sebungkus harga dia RM4.70 (tak termasuk kos pos). FB supplier adalah Es&Ef

Kalau nak info lebih lanjut, boleh lah baca maklumat pada website syarikat ni.

http://lowcarb-gang.blogspot.com/2014/09/kedai-low-carb-online-produk-kurus.html

Produk:





Antara yang dikatakan adalah:

Meh kenal sikit produk Kurus. saja ja letak nama Kurus. Kurus adalah penjenamaan kreatif dari kami utk connect dgn kawan2 yg obese. Saja nak exagerate. Jgn silap faham. ni bukan ubat kurus..Apa ada dalam sepeket produk Kurus? Jangan risau, yang u all bakal makan ni, asal nya dari jenis sayuran iaitu Ubi Konjac. Bukan makanan mengarut la. banyak tumbuh di Japan dan China.

(1) 1g carb sahaja! Sesuai la untuk segala mak nenek jenis diet low carb termasuklah Atkins. Jangan risau. Tak akan ganggu ketosis. After all, masa induction bukan u all cari makanan paling low carb kan? 1g carb tak cukup low lagi? Bahan utama produk ni dari jenis sayuran juga. Siapa strict buat eat clean atau back to basic, sangat2 la sesuai untuk anda Ini hanya sayur yang diproses jadi bahan makanan sahaja.
(2) < 20 cal sahaja! Sesuai untuk diet kalori atau ramai yang panggil diet Kevin Zahari. muahahah
(3) ada 10g fiber. apa kebaikan fiber? elok untuk penghadaman dan bila makan ni cepat kenyang. Siapa induction tak makan buah kan? makan sayur pun kena sukat kan? ha, meh amik sumber fiber dalam produk ni yang u all perlukan masa induction tu. Ramai ngadu duk sembelit masa induction kan?
(4) Bahan penting dalam tumbuhan ini iaitu Glucomannan, dapat melambatkan rasa lapar, melambatkan penyerapan gula dalam darah sekaligus dapat merendahkan tahap insulin dalam glukosa darah. Keadaan asal yang bersifat gel berfungsi sebagai penahan selera semulajadi
(5) 0g kandungan gula dan lemak!
(6) Bahan utama dari sejenis sayur yang rendah kalori dan rendah karbohidrat. Sesuai untuk vegetarian dan pengamal makanan organik. Nanti kami buat dokumentari pasal sayur ni ok! Kat luar dah digunakan secara meluas.
(7) Halal! Bukan sijil halal sahaja, malahan sijil organik, diiktiraf sebagai bahan makanan yang gluten free.
(8) Tak lama lagi kami akan buat video untuk educate kawan2 tentang asal usul produk ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...