Giler menarik jualan buku Big Bad Wolf

Assalamualaikum...


Bunyi sememangnya memelikkan. Apa hal serigala lak perginya? Tapi hakikatnya inilah pesta jualan buku terbesar yang tidak harus anda lepaskan.


Bagi kebanyakkan umum yang sudah mengetahui, jualan buku pada sesi ni sememangnya murah dan terdapat banyak pilihan. So, untuk sekian kalinya kamipun pergilah ke sana. Ye! Memang betul, berbaloi-baloi.


Masuk je pintu mula, dah terbentang luas pilihan buku yang anda inginkan. Dari kanak-kanak hinggalah ke masakan terus ke hobi dan sebagainya.


Ruangan tempat berjalan kaki yang luas dan bakul letak buku jenis tarik. Hinggakan anda tak perasan yang anda sudah melangkah 7,000 langkah. 😊


Juga terdapat di bahagian atas. Boleh letakkan barang yang belum di bayar di aras bawah terlebih dahulu.


Sememangnya selesa. Katanya dibuka 24jam.


Sure kami akan ke sini lagi. Hasil tangkapan semasa adalah dalam 20 buah buku yang kebanyakkanya buku Ain dan ibu dia. Hehehe.


Pelbagai harga dan jenis.


Tak menyempat nak balik, terus baca kat situ gak.


Hasil tangkapan kami...

Untuk Ain

Untuk Ibu & Ayah

Untuk Ibu

Untuk Ayah


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...