Hari ni setibanya Ain sampai ke rumah. Celotehnya masih sama, asik bercakap sahaja kerjanya. Namun kali ini agak berlainan kerana dia menyuruh aku menutup mata terlebih dahulu. Ting!!! Keluar mentol bercahaya di atas kepala aku. Mesti salah satu lagi surprise dari Tadika. Hari Bapa! Yes! Mesti....
Bila aku buka mata... Tu dia.., necktie yang diperbuat dari kertas jenis kotak. Hahaha. Sweet!!
Corak jalur-jalur menjadi pilihan Ain. Agak retro motifnya. Terasa zaman 70'an sudah lama berlalu. Di bahagian bawah necktie tersebut ada corak love yang tidak begitu simetrik, tapi cukup jelas mesej kasih sayang yang ingin disampaikan. ☺ di dalamnya ada tertulis perkataan "I ❤ Ayah". Agak tersentuh aku membacanya. Di bahagian atas, ada logo 1 yang mungkin membawa maksud penghargaan kepada aku.... ceewaaaahhhhh!!! hahaha Thanks Ain anak ayah. Thanks juga pada tadika Alif ceria yang membantu merangsang kreativiti kanak-kanak dalam merealisasikan mock-up neck-tie Hari Bapa ini.
Untuk makluman semua, di Malaysia sambutan hari bapa diraikan pada Ahad ketiga di bulan June setiap tahun. Bagi tahun 2013 ia disambut pada 16 Jun 2013.
Buat semua ayah-ayah yang awesome di luar sana. Terima kasih di atas jasa anda mendidik anak anda. Jadilah seorang lagend di hati mereka. Ayah the best.... My hero.
No comments:
Post a Comment