Menakluki Bukit Broga


Broga, mungkin nama yang dah basi bagi sesetengah orang. Namun bagi aku ia adalah ibarat aktiviti rekreasi yang paling jimat kos dan paling hampir dengan KL. pendek kata, seumpama Bagan Lalang atau Port Klang, bagi pantai yang hampir dengan Lembah Klang.

kami tiba sekitar jam 6 di kawasan ladang kelapa sawit (kaki bukit Broga). bayaran sebayak RM2 dikenakan utk parking di dalam ladang ini. biasa ler... kalau nak free, park kat bahu jalan utama di luar. risiko tanggung sendiri.

selepas solat di kabin kecil yang disediakan, kami terus makan untuk alas perut.

kawasan pendakian tidak agak biasa kecuali apabila menghampiri semakin di atas. memandangkan kami mengambil masa yang agak lama, dan hanya bermula mendaki sekitar jam 7, maka segala-galanya kawasan sekitar dah cerah. so, torch light boleh simpan semula. tak digunakan ler




ketinggian broga adalah 400 meter. dan jaraknya adalah 1.7KM. itupun kalau korang berada di puncak yang teratas le. untuk kali ini, memadai kami di check point yang pertama. hehehe




setibanya di atas, segala kepenatan akan dilupai. tambahan lagi pada hari minggu banyak pendaki yang memenuhi puncak bukit broga ini, so korang sememangnya akan bermotivasi ke sana. kalau letih, boleh berehat di tepi2 laluan sambil mengumpul nafas semula... 😀










menuruni bukit ini ada beberapa laluan pilihan, harus berhati-hati dan kena kuat lutut dan tapak kaki. hahha


kat bawah sana ada orang jual kelapa pandan, boleh kena untuk refill tenaga yang kononnya telah hilang semasa mendaki.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...