Karnival Jualan Proton di MITC Melaka pada 20 Januari 2014

Kami ke karnival ini adalah secara tak sengaja. Mulanya hanya ke restoran Subaidah yang berdekatan dengan MITC untuk bersarapan. Namun, dilajakan ke kawasan karnival ini yang juga pada hari terakhir mereka berada di sana.

  



















Oh ye, sebelum tu sempat nampak geng-geng Ultras Melaka yang turut ada program perasmian jersey baru mereka (pasukan Melaka United).












Keadaan di tapak karnival pada pagi itu agak lenggang, mungkin masih awal kot. Cuaca sememangnya baik, tidak panas dan redup.

















Di tapak jualan alat ganti model-model kereta proton. harga memang menarik. enjin pon ada. jangan risau, alat-alat ganti di sini sememangnya asli.

















Model-model yang ditawarkan adalah dari tahun 2013. Oleh itu, ada diskaun yang menarik untuk kenderaan-kenderaan tersebut. Selain itu, khidmat pandu uji turut di sediakan. Kalau tak nak pandu uji sendiri, diorg bawakan pon ada ... hehe. Maybe Proton mensasarkan agak bakal pelanggan mereka untuk harus mencuba menaiki kenderaan mereka. Bak kata peptah.. tak cuba tak tau. hahaha











Selain itu, ada juga pertunjukan pemanduan kereta atas jalan tar bagi model-model R3 Proton dan juga Lotus Elise (eh??)

 











Memang real bro!!! Seronok gak layan pertunjukan ni depan mata. maybe proton nak menunjukan prestasi kawalan kereta mereka kot.











Juga ada pameran bagi tujuan pengetahuan kepada pengunjung. ini adalah dari model Preve. katanya menekannan ciri-ciri keselamatan.











Ecewah!!! kakak-kakak ni macam tengh booking kereta je??? model apa ye kak? heheh











Dalam sesi bertanya sana-sini. saya disapa oleh seseorang. Gayanya sememangnya santai. Dia menerangkan maklumat tentang model-model Proton yang ada. Beliau sememangnya seaeorang yang peramah dan mesra pelanggan. Untuk pengetahuan semua, individu itu adalah Ketua Pegawai Operasi Komersial Proton, Dato' Hisham Othman.





















Selepas itu, kami menjenguk pula ke ruang pameran model baru Proton Perdana yang akan digunakan oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan. Cantek juga rupanya.
































Kalau dibuka jualan untuk orang awam, pasti ada permintaan yang tinggi ni. Tapi harga dan kualiti harus kompetatif lah, ye dak? hehe











Laaa... ni mana punya model-model tak diiktiraf yang berposing di sebelah Proton Preve?? ehem! ehem!! beli kereta tu ke kak? haha


























Kesimpulannya, Karnival jualan sebegini sememangnya mendapat perhatian dari pengunjung. saya lihat banyak sungguh orang ramai yang membuat booking. maybe ini adalah cara terbaik untuk membuat jualan model tahun lepas secara jumlah besar dalam satu masa. Selepas ini, dengar mereka akan mengadakan karnival yang sama di Juru, Penang dan kemudiannya sabah/sarawak. so, kepada bakal pengunjung....gi lerrrrr 👍😀



- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...