Surabaya : Day 1 - Masjid Agung

Ok sambung cerita semalam...

Lepas aje sampai di airport si Wong dah tunggu kami..then kami di bawa ke Masjid Agung Surabaya...




Sumber : Wikipedia

Masjid Nasional Al Akbar (atau biasa disebut Masjid Agung Surabaya) ialah masjid terbesar kedua di Indonesia yang berlokasi di Kota Surabaya, Jawa Timur setelah Masjid Istiqlal di Jakarta. Posisi masjid ini berada di samping Jalan Tol Surabaya-Porong. Ciri yang mudah dilihat adalah kubahnya yang besar didampingi 4 kubah kecil yang berwarna biru. Serta memiliki satu menara yang tingginya 99 meter.
Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya dibangun sejak tanggal 4 Agustus 1995, atas gagasan Wali Kota Surabaya saat itu, H. Soenarto Soemoprawiro. Pembangunan Masjid ini ditandai dengan peletakan batu pertama oleh Wakil Presiden RI Try Sutrisno. Namun karena krisis moneter pembangunannya dihentikan sementara waktu. Tahun 1999, masjid ini dibangun lagi dan selesai tahun 2001. Pada 10 November 2000, Masjid ini diresmikan oleh Presiden RIKH. Abdurrahman Wahid.
Secara fisik, luas bangunan dan fasilitas penunjang MAS adalah 22.300 meter persegi, dengan rincian panjang 147 meter dan lebar 128 meter. Bentuk atap MAS terdiri dari 1 kubah besar yang didukung 4 kubah kecil berbentuk limasan serta 1 menara. Keunikan bentuk kubah MAS ini terletak pada bentuk kubah yang hampir menyerupai setengah telur dengan 1,5 layer yang memiliki tinggi sekitar 27 meter. Untuk menutup kubah, dipergunakan sebuah produk yang juga digunakan di beberapa masjid raya seperti Masjid Raya Selangor di Syah Alam (Malaysia). Ciri lain dari masjid raksasa ini adalah pintu masuk ke dalam ruangan masjid tinggi dan besar dan mihrabnya adalah mihrab masjid terbesar di Indonesia.

Memang kagum bila tengok Masjid nih... indah.. yang menariknya masjid ini kita boleh naik ke menara tinggi untuk melihat pemandangan Surabaya dari arah atas. Bayaran akan dikena untuk naik ke menara nih.. Dewasa Rp 5000, Anak Rp 3000...


Menara tinjau.. hehehe..
Muatan lift untuk naik ke atas hanya 8 orang sahaja bergantung kepada saiz badan.. hehhe sampai aje kat atas kita boleh lihat keseluruhan bandar Surabaya.. tempat ni taklah besar sangat cukup sekadar untuk melihat, bergambar dan turun balik.. kalau Menara KL besar lagi...


Pemandangan Bandar Surabaya dari atas menara







Bersambung...

Surabaya : Day 1 - Juanda Airport

Assalammualaikum..

Akhirnya baru ade kekuatan untuk menghapdet blog yang dah semakin bersawang nih... semenjak bercuti panjang nih malas sungguh.. tambah plak ade kursus lagi ler.. hehehe..

Klah nih nak citer percutian aku satu family bersama dengan rakan ofis dan rakan ofis adik aku dari Melaka.. jumlah penumpang adalah 13 dewasa + 3 kanak-kanak + 1 baby.. hehehe ramai jugak rombongan Cik Kiah nih...

Rombongan kami berlepas dengan flight pertama ke Surabaya iaitu jam 7:20 pagi.. rombongan Melaka bertolak seawal jam 3 pagi direct terus ke LCCT.. rombongan aku plak bertolak menggunakan train ERL pertama jam 4.50 pagi terus ke station Salak Tinggi.. Kemudian naik shuttle bus ke LCCT.. ok gak naik transport gini.. murah dan selesa.. bukan kami aje ade pepagi buta tu rupanya ramai gak penghuni yang naik flight pagi nih...

Tunggu train pertama sampai dari KL Sentral

Awal pagi dah kene kejut.. sib baik mood ok aje...

Setibanya kami di Juanda Airport, kami di sambut oleh Wong.. memang best dan berbaloi gakla deal pakej dengan dia nih.. aku jumpa dia pun kat forum Cari.. nick SAPSAMSOK...boleh tahan gak murah kalau dibandingkan dengan travel agent di sana...kalau nak no contact dia atau nak mintak tolong uruskan PM saya ok...


Airport Juanda nih takde la besar sangat macam KLIA tu.. biasa-biasa aje.. kalau airport Padang lagi kecik...boleh dikatakan bersih jugak la cuma bila nak keluar dari airport tu agak serabut sket sebabnya nak kene beratur panjang untuk scan bagasi..



Airport ni agak tenang dan aman sekali berbanding dengan LCCT yang serabut giler.. hehehe.. mungkin tak banyak flight masuk sini agaknya...




Bersambung....

Kampung Halaman Ku...

Asalammualaikum.. dan Salam 1 Malaysia...

Inilah kampung halaman belah mak.. di Umbai, Melaka.. jalan nak masuk ke Medan Ikan Bakar Umbai... lama dah tak mai sini.. suatu masa dulu sinilah tempat bermain, berkumpul sanak saudara.. bila atuk dan nenek dah takde tinggallah pakcik yang menjaga.. sesekali datang jugak jengguk...


Kalau dulu memang meriah.. nak-nak bila time ade kenduri atau hari raya.. berebut2 cop bilik tidor.. yang sepupu sepapat tido lambak aje.. memang bestla.. teringat zaman kecik-kecik...



Dulu belakang ni hutan.. dan ade orang buat rumah...

Ada kereta tumpang parking untuk ke Pulau Besar 2-3 hari...




Kami pun dah jarang ke sini sebab memang takde sesapa kecuali pakcik aku yang menjaga rumah nih.. kalau berkumpul time raya memang rumah mak aku kene attack adik beradik dia... hehehhe...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...