Layan Movie : Jiwa Taiko

Hik hik hik dengar tajuk aje dah gelak... nak dijadikan citer konon-kononnya saje ajak en suami layan movie  sementara si kecik di kampung.. tambah pulak hari rabu kira murah la.. punyalah takde citer yang menarik so aku pun ambik ajelah citer nih...

Bila sampai hari nak pegi tu en suami mcm malas aje sbb katanya citer tak bape nak mantop... memandangkan dah beli tiket so layankan ajelah... masa tengah tunggu panggung ready utk masuk saje je tgk list movie yang ada.. sekali tgk citer MAIL LAMBUNG ngan citer ABRAHAM LINCOLN: VAMPIRE HUNTER ade plak... ish hangin aku.. apsal masa aku beli online ticketing takde citer tu plak... tanye budak yang jaga pintu masuk wayang tu pun dia tak sure pasal bende tu.. hangin tol aku....dan ternyata bila masuk panggung gelak tersipu-sipu kitaorg dibuatnya.. ape taknya adalah dalam 5-6 org aje.. hehehhe nampak sangat takde org nak tgk citer nih...


Kesimpulannya.. citer nih oklah ade banyak aksi gaduh-gaduh cumanya gaduh sebab pompuan.. eeemm pastu banyak adegan kiss yg dipotong dan agak 18sx.. mmg tak sesuai utk budak-budak...


Sinopsis filem Jiwa Taiko : Credit Buzzera



Jiwa Taiko mengisahkan tentang percintaan, persahabatan dan pertelingkahan. Kisah Jiwa Taiko bermula dengan seorang pemuda yang bernama Firman yang baru keluar daripada penjara ditangkap kerana melakukan jenayah bersama Pinto dan hanya Pinto dapat melepaskan diri daripada ditangkap. 


Pinto adalah rakan Firman yang dikenali ketika Firman baru menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Setelah Firman dikeluarkan dari penjara dan dijemput oleh Kak Pora iaitu rakan yang dikenali ketika dia di dalam penajara. Firman dibawa ke sebuah rumah yang dinamakan Wiracinta.


Di dalam rumah ini terdapat beberapa orang penghuni seperti Lara, Apple, Monika, Freez, Heidy, Haikal dan Tomi. Mereka adalah kawan yang sangat rapat dan selalu menjalani latihan silat bersama-sama. Perhubungan mereka menjadi semakin rapat seperti adik beradik dan muncul lagi seorang rakan yang bernama Trisya. 

Trisya adalah seorang gadis kota yang sangat cantik. Firman mula jatuh hati kepada Trisya dan tanpa disedari, Lara terdahulu menaruh hati kepada Firman daripada Trisya. Lara sangat kecewa selepas Firman memberitahu kepadanya tentang dia telah melauhkan perasaan cintanya kepada Trisya dan Trisya menerimanya.

Selepas itu, Lara melarikan diri lalu terjumpa seorang pemuda bekas rakan Firman iaitu Pinto. Lara mengikut Pinto duduk di apartment mewah dan mereka terlanjur. Firman dan rakan yang lain mencari Lara kerana mereka rasa sangat risau setelah Lara tidak pulang. Freez memarahi Firman kerana tidak menghargai Lara sepenuhnya kerana Freez tahu Lara menaruh hati kepada Firman. Tanpa disedari Lara telah mengandungkan anak Pinto. Lara melarikan diri daripada Pinto kerana Pinto memaksa Lara menggugurkan kandungan. 




Lara bersembunyi di suatu tempat yang sunyi lalu dijumpai oleh rakanrakannya. Lara dibawa pulang ke rumah Wiracinta dan dijaga dengan baik setelah mereka tahu yang Lara sedang mengandungkan anak Pinto. Firman dan rakan lain membawa Lara Ke Klinik untuk menggugurkan kandungan tetapi Lara tidak sanggup dan terus memeluk Firman. 


Trisya mahu memutuskan hubungannya dengan Firman kerana bagi Trisya Firman patut bersama Lara di dalam keadaan Lara yang memerlukan orang di sampingnya. Firman tidak dapat menerimanya tetapi Firman hanya mengikut kehendak Trisya.



Pinto datang ke Wiracinta untuk mengambil Lara tetapi dihalang oleh Firman dan rakan-rakan. Pinto berjaya mengambil Lara, Kak Pora ditikam oleh pengikut Pinto. Firman dan rakan yang lain terus mengejar Pinto sehingga ke tempat Pinto dan bertarung. Setelah bertarung Firman mengambil Lara dan terus ke pantai bersama rakan-rakan yang lain. Setelah beberapa hari Pinto datang untuk membalas dendam, Pinto menyerang Firman dan mereka bergaduh sehingga Pinto mati di tangan Firman. Di dalam masa yang sama Lara selamat melahirkan anak. Selepas beberapa bulan berlalu mereka menjadi satu keluarga yang bahagia.









Waduh kaget gue...

Ni kisah pagi tadi sebelum nak pi opis.. lepas aje bekpes aku pun bersiaplah pakai tudung bagai.. sekali terdengar bunyi benda jatuh dalam stor.. mula-mula mcm endah tak endah tapi hati nih kuat nak bukak stor tu... bila bukak aje pintu terus menjerit panggil en suami... adalah sekor cacing yang agak panjang tengah menggeletek sbb badan dia dah terkena gumpalan habuk...

belek punya belek en suami kata ni bukan cacing nih... dia pun capai spray nyamuk terus sembur.. lagilah bende tu melengkuk-lengkuk... eeiii meremang bulu roma ahkak okey...mula la mata ahkak nih melilau sana sini... en suami kata ni spesis ular tapi halus aje.. mungkin anak kepada ular lidi.. aduyaiii camno leh masuk situ plak... risau dah aku nih...


en suami pun hulurkan bekas puding kat spesis tu nak suh masuk dalam tu.. pastu buat lubang udara... melengkau-lengkau spesis tu dalam bekas tu...eeemm hati ahkak dah tak sedap nih.. en suami kata nanti dia ajak kekwn dia pi buat sport cek kat dalam stor tu kot2 ade sedara mara dia...

Fuh lega rasanya bila dapat msg dari en suami yang sanak saudara takde dalam stor.. abis dipunggahnya stor tu...mungkin tah mana sesat spesis tu... kata en suami mungkin juga spesis cacing liar.. em tahlah yang penting takde lagi.. risau gak ahkak nih bila si kecik dah balik rumah nanti.. hehhee

Day 4 : Padang - Bukit Tinggi

Hari terakhir.. uhuk.. uhuk... eh tp memang elok gak balik sebabnya duit dah habis.. hehehee... lepas sumenya siap then pegi isi perut dulu... dalam jam 9 pagi baru bergerak ke Airport... mujurlah trip kali nih takde beg tambahan.. mcm mana pegi mcm gitulah balik.. hehehhee....



On the way perjalanan tu si Aldi bawak kitaorang singgah kat satu tempat nih.. katanya nak bagi rasa makanan namanya Roti Neraka tapi rasa syurga.. kitaorang cam pelik aje dengar nama tu... rupanya ala-ala lempeng kelapa yang dibakar.. sedap.. mantop... nak-nak yang ada perisa pisang...







Kendian teruskan lagi perjalanan... sampai kat satu tempat tu sebelum Lembah Anai tetiba jem giler jalan situ.. lama gak tunggu.. Aldi dah risau aje kalau lambat ke airport.. aku pun risau gak.. memasing senyap aje dalam kete...


Aldi pun reverse n pusing balik.. konon2 nak ikut jalan lain... memandnagkan jalan lain tu ambil masa 3 jam.. si aldi punyalah memecut mcm F1.. hehehhe memasing dah risau menjerit2 bila selesih dengan kenderaan lain... sampai satu tempat tu aldi terima panggilan.. dan berpatah balik ke tempat asal... rupanya ada tanah runtuh... diaorg dalam proses nak clearkan tanah kat jalan raya tu... agak setengah jam jugalah menunggu.. bila dah boleh jalan tu terus aldi pecut lagi...




Alhamdulillah sampai jua di airport jam 12 gitu... selesai urusan check in baru la lega... memasing punya beg tak sampai 16kg pun.. hehehe perbelanjaan yang berkhemah... hahhahaha...perut lapar giler masa nih..


Jgn lupa yer bayar airport tax...




Sampai aje LCCT bila dah jumpa family then pegi isi perut dulu barulah berangkat balik sume... Alhamdulillah selamat semuanya... jumpa lagi ya Bukit Tinggi.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...