Trip to Beijing - Day 3

Hari ke 3 ni semua di bawa melawat ke Istana Maharaja... kami semua telah di ingatkan oleh Micheal bahawa perjalanan ini mengambil masa 2 jam.. sesiapa yang larat boleh ikut serta.. jika tak larat surrender awal2 sbb once dah masuk tak boleh patah balik sbb bas akan hantar di pintu masuk dan tunggu di pintu keluar.. kene melalui 9 pintu untuk sampai ke pintu keluar.. kira-kira 2 jam kene jalan kaki.. waduh..waduh..waduh..



Sebelum sampai ke Istana Maharaja, melawat dulu Tian An Men.. kalau kat Malaysia ni ala-ala Dataran Merdeka gitu.. kat sini la berbagai upacara rasmi kerajaan akan di adakan..


Dibelakangnya pula adalah Istana Maharaja.. terdapat 9 pintu maharaja.. eemm tak ingat sangat kawasan2 kiranya istana ni dipecah kan kepada 9 bahagian, ada tempat maharaja berehat, tidor, kewasan gundik, permaisuri, balairong dan sebagainya la.. hehhe besar tu... last sekali taman permaisuri.. yang menariknya maharaja ade byk bilik tido dan takde siapa pun tahu maharaja tido di bilik mana.. ini semua taktik agar maharaja tidak dibunuh.. at last maharaja mati gantung diri dia sendiri.. hehhehee.. kendian kami sume di bawa lunch n solat..


After date di bawa ke kawasan Hutongs.. kawasan ni kira penempatan awal penduduk di Beijing.. kira org dolu2 la.. kami di bawa jln2 keliling kampung hutongs ni naik beca.. hehhe gerun gak sbb jalan dia sempit dah tu plak bukan main laju lagi.. sian pakcik yang kayuh aku tu..hehhehe..



Kendian bawak plak kat Herbal Medicine.. sini diaorg promote ubat herbal untuk buang toksin dalam badan dan minyak panas sesuai untuk urut kaki.. di samping tu ade dokter yang akan check up kite melalui nadi dan bagitau ape penyakit yang kite hadapi.. aku dengar aje la namun nak buat rawatan tu idak la.. duit tak cukup.. hehhe.. tapi best sbb dapat urut kaki.. hilang sket letih selepas berjalan pagi tadi..


Then di bawa untuk dinner kendian tu pergi tengok Shaolin Kung Fu Show.. tersengut-sengut ngantuk keletihan.. hehheheh.. then balik hotel..


Bersambung..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...