Jakarta - Bandung 2012

Alhamdulillah settle dah trip oversea untuk tahun nih... Insyallah trip Jakarta - Bandung akan di stop buat 2-3 tahun mendatang nih sbb nak tumpukan ke destinasi yang akak jauh sedikit.. harap-harap la kan.. hehhehe

Trip kali nih mcm biasa ladies trip aje.. so aktiviti utama apa lagi shopping sakan ler... ladies yang join trip ni terbahagi kepada 2 puak.. iaitu suku sakat opis aku dan suku sakat opis adik aku.. hahhahaa...

Dari kiri : Ina, Zue, Linda, Mira, Aishah, Pija & Alyn
Pepandai korang la pk mana satu puak aku n puak adik aku.. hahhahaa... kalau ikutkan ada lagi sorang sepupu aku tapi tak dapat join sebab dah masuk Kolej Kejururawatan... so next time la yer....

Budget asas untuk trip nih termasuk hotel + transport + airport tax + Trans Studio Fees = RM570(+-) untuk 7 hari 6 malam....3 malam di Jakarta dan 3 malam di Bandung.

Flight kami merupakan flight yang terakhir ke Jakarta berlepas jam 10.40 malam.. sampai di sana jam 12 pagi waktu tempatan.. dan agak baru sedikit sebabnya mendarat di terminal 3 yang baru.. kalau dulu masa aku pegi Jakarta 2010 masih di terminal lama...

Dalam shuttle bus 

Sangat selesa dan bersih

Tempat baru yang luas dan selesa

Bercirikan moden

Tempat baru memang nampak menarik dan selesa.. dan yang bagusnya disediakan shuttle bus untuk masuk ke bangunan terminal.. tak macam LCCT kenelah menapak jauh.. ish ish ish... ape nak buat dah murah...

Hotel yang kami duduk di Jakarta ialah Hotel Kalisma utk mlm pertama aja..

Receptionist counter
Ruang menunggu
Bilik harga RP315,000
With breakfast satu menu aje
Tak menarik dan tak selesa
Malam berikutnya dok kat N1 Hotel.. lebih selesa dan murah...

Receptionist counter
Ruang menunggu
Standard room RP300,000
Ruang makan yang selesa
Breakfast with 2 menu n soup
Di Bandung mcm biasalah Orange Homes bilik no 10..sebilik 7 orang.. hahhaha jimat budget... tiap kali gi bandung memang suka dok sini sebabnya ada bilik besar leh sumbat ramai orang.. hahhahaha.. aku ambik bilik yang ada 2 bilik di dalamnya.. 1 bilik ada 3 katil single dan satu bilik lagi ada 1 katil king + extra bed...

Harga RP450,000 + extra bed RP100,00
Memandangkan kami ni ramai dan malas maka harus ambik supir setiap hari dengan kereta pregio.. walaupun aktiviti menyoping lagi banyak dari meronda-ronda.. hehehhehe... tapi ok gak ambik supir nih.. sebabnya tak perlu nak tahan teksi.. lepas shopping boleh loading barang.. agak penat leh lepak dalam kete..  boleh pegi ke mana aje.. hehehhe

Pada awalnya nak buat banyak lawatan seperti Taman Mini Indonesia Indah, Sea World Ancol, Trans Studio... di sebabkan kepanasan yang agak terik melanda bumi Indonesia nih makanya hanya Trans Studio aje yang diterjah.. itupun nasib baik sbb terletak dalam shopping complex.. nanti aku bukak story khas pasal Trans Studio nih...

Okeylah sambung next entry plak la...



3 comments:

  1. Salam nak tanya. Bilik kat Orange Homes tu yg paling besar tu namanya apa ye? family room ke?

    ReplyDelete
  2. W'salam.. kalau tak silap family room tu yg ada dapur + ruang tamu.. mahal tu.. yg biasa kitaorg duduk panggil connecting room leh muat 5-6 orang..

    ReplyDelete
  3. Your experience proves that rest can be not only budgetary, brainstorming compare
    but also quite comfortable and interesting.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...