Esok aku akan berangkat ke Phuket, Thailand. Aku pun tak tau nape tempat nih menjadi pilihan trip kali nih.. Beli hampir setahun yang lepas RM145 pergi balik.. eemm oklah tu...
Group kami hanya 3 orang aja.. memandangkan tak pernah sampai makanya kami pakai travel agent.. Bila dah baca banyak blog pasal Phuket konon macam confident aje nak pi sendiri.. bila dah dihitung dikira dicompare budget sendiri dengan budget travel agent nih gamaknya baik ambik le travel agent nih..
Kami pilih Sedunia Holidays sebabnya amat berbaloi untuk pakej 3D2N.. RM380 termasuk dengan Hotel Baumanburi Patong, Phi Phi Island trip, Phuket City Tour with 2 lunch and 3 breakfirst including tips. Pastu kitaorang tambah lagi RM155 untuk Gold Seat Fantasea Phuket with transfer. Dah alang-alang ke sana rasa rugi plak tak pi tengok Fantasea Phuket nih.. kalau nak pi lagi tah bila gamaknya... Kalau nak tengok pakej lain boleh tengok kat web diaorg Sedunia Holidays.
Macam mana la rupanya keindahan pulau-pulau yang ada di Phuket tu bila tengok depan mata.. sama ke idak ek macam dalam gambo..
Hebat sangat ke show Fantasea Phuket tu seperti yang diperkatakan sampai tak boleh nak snap gambar semasa show berlansung.. eeemm wait n see hokeyyy...
Semoga trip kali ni berjalan dengan lancar.. korang doakan kami selamat pergi dan selamat pulang yer.. Tq.
No comments:
Post a Comment