Bersempena ulang tahun kelahiran Nurul Ain Syafiqah pada18/01/13, kami telah berjanji dengan Ain utk membawanya ke Aquaria KLCC pada hari sabtu 19/01/13. Dan kami dah maklumkan pada Ain bahawa dia akan dapat melihat pelbagai hidupan laut di sini. Pada awalnya kami amat yakin bahawa Ain akan takut pada awalnya ke sini, kerana setiap kali kalau ke supermarket, Ain akan menarik untuk tidak di bawa ke bahagian ikan-ikan. walaupun ikan-ikan itu sudah mati sekalipun, dia pasti akan cuma untuk menjauhkan diri daripada mendekatinya...hehehe
Kemuncak lawatan adalah persembahan menjamu ikan-ikan makan di dalam kolam tangki utama. Di sini, aku sempat merakamkan aksi kedua-dua penyelam professional ini. saksikanlah :
Berikut adalah gambar-gambar semasa di Aquaria KLCC.
B sedang membuat pembelian tiket. Harga yang dikenakan oleh Aquaria adalah RM38 untuk dewasa dan kanak-kanak adalah RM28. Jadi semua sekali kami bayar adalah sebanyak RM104.
Ikan Phirana. kalau berkesempatan akan dapat melihat sesi memberi makan ikan ni...mmg dasyat |
belangkas. ada mat saleh siap angkat tengok lagi. |
Ain takut pada rahang ikan Jaws yang dibelakang tu. |
kalah Ning Baizurah |
replika ikan jerung hammerhead |
Kuda Laut....kaler kuning? |
Obor-obor yang sangat cantik. namun saiznya agak kecil |
siput |
mengambil gambar kenangan dengan penyelam yang telah memberi makanan pada ikan2 di kolam tangki utama |
kanak-kanak di bahagian hadapan ye. |
saat indah semua makhluk ciptaan Allah di laut |
ketika menunggu sesi memberi makanan ikan |
Ain sedang melihat penyu |
Aku sedang memberi penerangan pada Ain bahawa penyu akan pulang ke tempat asalnya selepas 20 tahun utk menetas |
ikan selar kuning |
Yu Bodoh. statik |
Kolam tangki utama |
konon-konon pegang penyu lah tuuu |
Di sini flash kamera tidak dibenarkan...sebab itu gelap |
En. Yu Pembunuh |
hiasan ini menarik |
berehat sebentar |
Arapaima Gigas...sespecies dengan ikan Arowana |
ini replika |
kodok |
cicak tokek |
specis penyu juga |
kodok lagi...tapi kurang menarik |
ular tipu |
Sejurus selepas habis sesi melawat Aquaria, kami pun terus ke foot court di hadapan untuk menjamu selera. Happy Birthday Ain
yu bodoh? 1st time aku dgr
ReplyDeletememang nama dia gitu.. yang lawaknya time orang sibuk dok bg makanan dan berebut-rebut nak makan dia boleh buat derk aje.. mcm tak ambik port.. hehehe nak kata dah mati ekor dia kejap2 gerak.. hehehe
ReplyDeleteHehehe...lawak giler tgk gelagat si bdk kecik yg penakut tgk ikan besar2...hahaha...ain...ain...XOXO
ReplyDeletehahaha tu la pasal.. mula-mula tu jauh aje dia dok dari cermin tu.. dah lelama sket baru dia berani.. hehehhee...
ReplyDelete