Fitness Tracker, untuk apa?? berbaloi? trend?




Kebelakangan ini, upacara berlari dah menjadi satu kemestian. Setidak-tidaknya pun mengayuh basikal yang tidak bergerak tu. Minima masa pun hanya sekadar 15 minit cukup lah. Sekadar membakar lemak yang dah lama terkumpul ni.

Berbekalkan apps #MyfitnessPal yang free tu, sememangnya lah upacara memantau pemakanan dah agak lama berlangsung. tak tau sampai bila akan terhenti. Tapi, so far masih bersemangat lagi. Sebab kita boleh monitor intake makanan. Ini bermakna jumlah kandungan kalori yang diambil sememangnya dilihat dan difahami.



Yang best adalah #MyFitnessPal akan cuba buat jangkaan berat anda dalam masa 5 minggu sekiranya mengekalkan cara pemakanan samada teratur ataupun tidak. So, akan ada amaran secara konsisten di situ. Bagus aaa

Tiba-tiba, terfikir lak sejenak. Kalau intake dia pantau...mcm mana pula dengan kalori yang terbakar? ye laa...takkan masuk je? abis yang keluar (aktiviti seharian kita) tak diambilkira pula?




So, kena ada mekanisme yang mengukur kadar pembakaran kalori melalui aktiviti seharian. Google-punya-google mmg ada!! cantek!!! ada beberapa pilihan yang boleh digunakan.

1. Jam yang monitor heart rate

Rata2 dalam RM150 ke atas. rupa mcm jam biasa. tak terlalu trendy. dan nampak mcm jam biasa. jenis? google sendiri aaa. cuma make sure ada fungsi kiraan kalori kalau ada.. cuma aku tak minat sebab dia tak sync dengan #MyFitnessPal yang terkenal dengan pemantauan kalori pemakanan nya. so aku PASS

2. Fitbit Flex



Track Langkah, Tidur dan sebagainya. mcm jam biasa kecuali tidak display. size? one size fit all. rege? RM350 ke atas. beli mana? mmg online je aaa.. boleh sync dengan #MyFitnessPal untuk kiraan langkah seharian dan projection kalori terbakor. ha! cantek aaaa... dan bonus! ada alarm utk aktiviti tidur serta boleh pantau. Diplay indicator yang bercahaya tu menunjukan berapa percentage jumlah langkah yang anda dah capai... kalau full makna nya dah complete aaa

3. Nike Fuelband



Nike Fuelband! mmg rare.. tapi terlalu sporty sangat! nak show off boleh aaa... cuma function basic aje.. sekadar display mmg cantek! LED kot.. dia cuma boleh kira langkah. kalori burned dan unit nikefuel yang berdasarkan berapa pergerakan yang diambilkira. jenis ini aku panggil wristband dan agak trendy dan boleh pakai bersama jam sediaada. app dia sendiri iaitu Nike Fuelband , mmg tak leh sync dengan #MyFitnessPal. so Bye-bye.

4. Vidonn X5 Smart Bracelett



Yang ini mmg menarik gak. fungsi lebih kurang sama dengan Fitbit Flex kat atas tu. tapi dia china made dan mmg murah giler sekitar RM150 leh dapat kat lelong. nama dia Vidonn X5 smart Bracelett. keje dia monitor steps taken. projection calories burn dan kadar tidor pon ada. dia pakai apps dia sendiri, so itu yang buat aku rasa agak terkilan ngan benda ni. So, kalau nak beli boleh aaa...cuma kena cross-reference aaa ngan intake makanan korang.

5. Jawbone UP24





Akhirnyaa.. aku pilih Jawbone yang pada awalnya aku tak minat sebab mcm gelang ajaib dato AC Mizal aje hahahaha.. Jangan marah tok ek? Well, Actually kat situ laa ada advantage nya. sebab dia mcm gelang, so orang tak banyak tau apa beza dia. so mmg boleh pakai bersama dengan jam sedia ada aaaa.. kiri jam. kanan benda ni. haha

Keje dia..sama. monitor steps, kalori burn, smart alarm, monitor tidor dan yang paling best dia ada apps boleh sync dengan #MyFitnessPal dan reporting yang amat baik. So, dia akan secara automatik memaksa kita untuk bergerak dari kerusi yang statik tu..hehehe



So, since maklumat dah ada...takde lah terjajar sangat kot. Sebab aku percaya dgn konsep "tak tahu itu bahaya"...so hopefully..benda ni akan banyak membantu lah dari memotivasikan diri dengan aktiviti fizikal seharian. okeh...till next...ta ta.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...