Saje cari pasal - Join Challange Larian Bulan Mei Di Strava :)


Kalau bercerita pasal Apps Phone untuk track larian, rasanya Strava antara yang paling sempoi. Walaupun pada asalnya dia lebih menekankan kepada pelumba basikal. Namun, keupayaan dia untuk menganalisa prestasi larian anda pada jalan-jalan tertentu sememangnya mengagumkan. Ia akan mempamerkan rekod larian anda berbanding pelari-pelari yang terdahulu sebelum anda. Setidak-tidaknya anda tidaklah buta sangat bila berlari...dan ada hala tuju. bagus bukan?

Cerita pasal kisah bulan Mei, aku dah subscribe Mei Challange untuk jumlah larian terkumpulan. So, aku akan compete dengan beberapa pelari lain di serata dunia. Memang secara automatiknya ia akan memotivasikan diri untuk terus belari, so...siapa kata anda perlukan trainning plan untuk perlari? just lari je....hahah

Kalau ikut trend sebelum ni, ada lebih kurang 70,000 orang yang menyertai cabaran larian pada bulan April 2015, seperti berikut;


Memandangkan aku baru bermula larian pada pertengahan April, so tak boleh nak compare sangat larian pada bulan ni. Tambahan pula compete dengan pelari2 dari pelbagai kategori. 

So, kalau berminat dan hendak mengukur prestasi larian anda, boleh lah mengada-ngada dan clik pada link ni... selamat menyeksa badan anda. TQ


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...