Assalamualaikum...
Selesai dah larian penutup bagi Malaysia Breakfast Day Run 2015 Putrajaya... Sebelum ni diaorg buat di Kuching dan Ipoh...
Race kit ambil pada 7 Mei di The School Jaya One, Petaling Jaya... Kategori kali nih kami pilih Family Run 3KM.. Sbb nak bawak si anak dara berlari sekali..
Pukul 5.30 pagi dah bangun.. bersemangat sungguh dia.. Sampai kat tempat event orang dah mula ramai.. Meriah sungguh.. Semlm penuh dengan lautan biru hari ni lautan hijau bulan..
Banyak booth yang ada seperti goodies bag.. Food.. Milo dan macam- macam lg.. Banyak juga aktiviti sampingan yang diadakan bg mereka yang tak join berlari..
Pelepasan larian dimulakan dengan peserta 7KM kemudian diikuti dengan 3KM... Memang ramai giler la orang.. Meriah sungguh..
Tengah jalan jumpa plak maskot milo nih.. Bergambar sat.. Pastu minum air kat water station.. Lebih bergambar dari berlari.. Heheh..
Dah selesai ke garisan tamat memasing kene collect pisang dan air mineral.. Pastu goodie beg.. Pastu gi breakfast plak.. Setiap beg diberikan voucher RM 3.00.. So pilih la nak makan ape.. Satay or bihun or capati or sandwich or pau.. Air milo dan cereal milo free flow aje..
Dah selesai makan sesi bergambar plak sebelum berangkat pulang..
Bila dah rasa puas baru balik.. Selak dalam goodies beg banyak gak item yg diberikan.. Memang berbaloi la..
Insyallah tahun depan pastu join lagi kalau panjang umur.. Overall memang berbaloi dan meriah sangat.. Syabas milo..
No comments:
Post a Comment