Amboi makin menjadi-jadi plak kemalasan untuk mengupdate
blog nih… harap korang bersabar ajelah ek.. memang banyak entry yang tertunggak
nih… adoiii…
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah masuk hari ke 4 kami di negara matahari terbit.. kami
dah pandai sesuaikan diri.. keadaan dalam rumah pon dah ok sbb dah pandai guna
aircond sebagai heater.. mujur member dari rumah lagi satu dapatkan info
translate tulisan jepun kat remote aircond tersebut.. barulah rasa hangatttt..
baju yang jemur dlm bilik pon cepat kering sebab hangat.. hehhehehe
Pagi ni sarapan ala kadar sahaja.. selebihnya kami tapau
nasi goreng untuk dibuat kudapan..
Plan hari ni nak jalan jauh sket.. memandangkan plan asal
dah lari so kami kene decide mana satu tempat nak pegi… sama ada Snow Yeti Town
main salji atau Hakone trip.. bincang punya bincang kami pilih untuk ke Hakone
Trip..
Keluar rumah dah lambat.. pastu pujuk member rumah lain ajak
join.. pujuk punya pujuk akhirnya dia dapat gak pelepasan dari suami.. yelah
suami dia dah tak larat jalan, anak plak batuk2, kesian plak dia datang jepun
duduk aje kat rumah..
Janji jumpa kat tengah jalan.. puas dah posing tak gak
muncul.. at last sampai gak dia.. hehhehe…
Then kami menuju ke subway station… mula-mula kami kene
pergi ke Odawara Station seperti route ni :
Tiket subway kene beli ye sebab 3 Day Metro Pass dah
expired.. hehehhe… jauh juga perjalanan ke Odawara Station ni… Nampak rumah-rumah
orang Jepun ni.. kiranya kita akan menuju ke kawasan luar Bandar….
Sampai aja di Odawara Station kami pi isi perut dulu dengan
bekal yang dibawa kat salah satu café yang ada dictation tersebut… selesai
makan kami pegi beli Hakone Free Pass di Odakyu Sighseeing Service Center..
harga tiket seperti berikut :
Terpulang korang nak beli kat mana.. better beli kat station
Odawara ni sebab harga lebih murah.. dah alang-alang nak ke Odawara station tu
beli terus ajela..
Actually pass ni untuk 2 hari.. kalau bermalam di Hakone
boleh naik semua public transport kat area Hakone secara percuma selama 2 hari.. tapi kami pi
1 day aje.. start dari Odawara Station semua transport adalah percuma kalau ada
pass nih..
Setelah mendengar ceramah simple oleh staff Odakyu nih kami
pun mulakan perjalanan… dah tengok sightseeing Hakone Trip nih memang banyak
kenderaan kene naik.. pass yang dapat tu jaga bebaik jangan hilangkan kalau tak
sesia saja.. moh kita teruskan perjalanan...
Dari Odawara Station kami kene naik Hakone Tozan Railway
menuju ke Gora Station..
Sampai di Gora Station kami kene tunggu cable car pulak..
Sampai di Sounzan Station plak kami dikehendaki naik bas menuju
ke Owakudani Station.. masa beratur nak naik bas kami dah terbau sulfur yg
kuat.. masa kat office Odakyu tadi kami diberitahu yang ropeway ni hanya bermula
di Owakudani Station menuju Togendai Station saja.. sepatutnya boleh naik terus
dari Souzan Station tapi operasi tutup disebabkan asap sulfur terlalu kuat..
tak dapatlah kami nak tengok view kawah dari atas…
Bergeraklah kami naik bus pula.. dah la laluannya berliku-liku.. tapi bila tengok pemandangan kiri kanan jalan yang diselaputi sajli memang syok sekali..
Sampai di Togendai Station kami beratur naik Ropeway pulak…
Sepanjang perjalanan Ropeway nih dapat juga nampak Mt.
Fuji.. memang cantik view dari atas nih…
Sampai di Togendai Station kami kene beratur pula untuk naik Cruise.. fuh memang mencabar betul sightseeing nih… dalam 10 minit kene tunggu cruise sampai…
Teruju sangat nak naik cruise nih.. dari jauh dah Nampak cruise ala-ala Pirate of the Caribbean tu… bila dah boleh naik tempat yang kami tuju adalah deck atas sekali.. siap ada lift lagi dalam cruise nih..
Duduk deck atas barulah dapat rasa fefeeling belajar
dilautan luas.. padahal tasik aje iaitu Lake Ashinoko… besar gak tasik nih… Bila dah gerak posing sakan la.. mcm org jakun plak..
hehehhee
Pastu turun ke bawah untuk lihat keadaan setiap deck…
Cruise ni bergerak sehinggalah ke Hakone-machi Station…
memang best tengok view tasik nih bila dok kat deck atas.. dengan angin yang
sejuk menerpa pipi.. memang feeling…Bila dah sampai kat Hakone-machi Station terpulang kepada
memasing nak pi ke mana..
Kami meneruskan perjalanan ke Gotemba Premium Outlet pula… sebelum tuh moh kita main salji jap..Dah puas genggam dan baring kat salji mcm org jakun...
Then kami pi cari bus menuju ke Gotemba.. bus nip on free jugak..Kami kene turun kat satu tempat ni untuk transfer ke bus
yang lain… yang menariknya bus diaorg ni siap ada TV yang memaparkan station
yang akan lalu.. so kalau nak turun boleh la picit loceng..
Perjalanan ke Gotemba agak jauh jugak dengan jalan yang
berliku.. Nampak mcm scary aje.. hari pon dah makin gelap… kami sampai di
Gotemba Premium Outlets sekitar jam 6 lebih…
Orang memang tak ramai maybe hari bekerja dan dah malam..
kami ada masa 2 jam aje sebabnya outlet tutup dalam kol 8 mlm… mcm-mcm jenama
ada tapi kami keluar masuk kedai aje.. jgn tidak kami beli la jam swatch sorang
satu sbb dapat offer 4 jam dengan harga ¥10,000 sahaja.. murah jugak la bila
convert ke RM.. design memang banyak untuk dipilih….
Masa pon dah tamat, then kami naik shuttle bus menuju ke
Gotemba Station… Kami naik JR line dengan route seperti berikut :
Niat bersama nak pegi Ameyoko Street tapau makanan, bila dah
perjalanan jauh pastu memasing mengantuk so terus ajelah balik ke rumah
memasing.. hehehhe memang hari yang memenatkan sebab naik turun pengangkutan
tapi pengalaman memang menarik.. kami sampai guesthouse dalam pukul 10 lebih… sempat
singgah Family Mart kat Asakusa Station… balik rumah mandi, makan pastu tido…
penatnyaaaa….. J
Siapa muka tutup tu..kenapa ada perjanjian gelap ke
ReplyDeleteHehehe dah tuan yg empunya badan tak nak muka ditayangkan.. Kalau ada pic lain xpe.. So kenela gelapkan..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete