9 to 5 Run

Assalamualaikum...

Cerita hari ni.. Larian pertama dalam bulan Mei 2015...

Race kit collection diadakan pada 2 tarikh dan tempat iaitu KL pada 2-5 Mei dan Putrajaya pada 7-8 Mei..  Yg terdekat dengan kami dah tentulah Putrajaya.. So pada 7hb gi ambik...


Walaupun saiz yg dimohon xde pakai ajela saiz yg terhampir..  Sabar ajelah..


Hari langsungnya pada 9 Mei... Jam 7.00 pagi dah sampai... Flag off jam 7.30am.. Hari ni ade ramai geng sket tp bila dah macam lautan biru bole plak tak jumpa.. Hehehe


Sebelum mula larian posing sket.. Hari macam mendung aje.. Sekali renyai2 daaa..  1st time lari dalam hujan.. Hehehe


Memandangkan org mcm lautan so byk berjalan dari lari.. Nak lari pon tersekat sekat sbb org jalan berkumpulan.. Tambah plak laluan berbukit dan hujan jalan licin So santai ajelah...


Dah sampai ke garisan penamat baju jumpa kekawan... Pastu nak menunggu plak cabutan bertuah.. Nampaknya nasib tak menyebelahi..  So pulang dgn tangan kosong.. Next time Cuba lg...


Sempat lg snap gambar dgn sorang blogger kaki running nih...


Secara keseluruhannya, larian kali ni murah berbaloi dan santai...


Putrajaya #9To5Run - Route 5KM

 Okeh!! Route larian #9To5Run 2015 dah diberitahu. Semalam dah amek Racing Kit, So hari ni kita bercerita soal laluan nya pula. Maaf jarak 10KM aku tak cover sebab aku tak masuk...hahaha

 Bermula dari Bangunan Perbendaharaan Malaysia menuju ke Wisma Putra, yang ni hang boleh expect laluan berbukit....lenguh lah kaki pada peringkat awal eh? dari simpang Wisma Putra ke laluan P18. Lalun ni mendatar je..dan seterusnya kembali ke laluan yang sama menuju ke Bangunan Perbendaharaan Malaysia kembali.

Mengikut Mapping di Strava, tempoh standard laluan ini adalah sekitar 35 minit. Kepada yang terror, boleh buat kurang daripada tu.
Hanya satu water station saja yang ada di laluan P18. ayak kosong ke 100 Plus ek?? heheh

Selamat berlari semua!!!!!!

P/S---> Evelation gain hanya setakat 64 Meter sahaja.

Larian Pertengahan Minggu. LSD Wednesday...

Larian pada pertengahan minggu ni jadi jadi seakan kebiasaan. kalau dulu memang tak lah, tapi sekarang insyallah dan beransur okey. Hey!!! lets face it!! Putrajaya ni merupakan sebuah bandar yang cantik dengan prasarana yang menarik dan kemudahan yang bertaraf tinggi. Takkan lah hendak biarkan ianya tersergam indah dan hanya dikenali untuk tempat melepak aja kan?? hahaha

So, amek lah kesempatan...beriadah selagi mana boleh. Kalau dah bosan nanti kita stop lah....tapi as for now...the show must go on!!! hahaha

Ok sediakit celoteh mengenai larian malam tadi.. masih lagi pada mode Long Slow Distance atau LSD. Memang larian ni tak laju..dia menekankan jumlah jarak sahaja....TAPI!!! memang seksa!!! sebab ahad lepas baru je lari sekitar 21KM kan. so performance malam tadi memang hancus!!! lari, jalan lari jalan. Pace sekitar 8minit/KM. memang menyedihkan. Mengikut rekod pada Strava.. larian aku pada 29 April lepas di route yang sama ada lebih baik berbanding semalam. tak tau lah kenapa???


Menurun dari 7.01 minit/KM kepada 7.37 minit/KM.

So, next time kena cuba lah perbaiki balik lah.....

ciao!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...