Jumaat lepas kitaorang pi layan citer Al - Hijab.. sekali dengan adik aku Amat dan isteri dia Jujue.. jgn tak tau Ain pun ikut sama.. punya la semangat kuat betul dia.. sebelum tgk dah declare tak takut.. tapi bila tengah2 citer siap menyorok belakang seat lagi.. hehehhee.. overall mmg seram giler la.. byk suspen pastu hantu dia plak memang real.. hehehe...
Jom layan sinopsis citer nih...
Pengarah : Pierre Andre
Syarikat Penerbit : Empat Semudra Plantation Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Klasifikasi : PG 13
Genre : Seram
Tarikh Tayangan : 06 Oktober 2011
Durasi : 90 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
Sinopsis Al-Hijab
Rafael
merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu
hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram.
Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha
untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin.
Malangnya
Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan
hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu
tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael,
Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada
ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab.
Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.
Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael
yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya
akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu
tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka.
Sejurus
sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik
tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu
mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu
tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab
Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya
Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira
berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan
‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak
lakonannya.
Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut
menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur
namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir
24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut
untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula
atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.