Trip Japan : Day 1 – Tokyo, Asakusa



Jam dah berdering seawal 4.00 pagi waktu Jepun.. kalau di Malaysia lewat 1 jam iaitu jam 3.00 pagi.. tapi di jepun jam 5.30 ptg dah mula gelap… Celik mata tengok ada org dah sibuk bersiap mungkin flight diaorg pagi kot.. kami pon bersiap-siap gak selesaikan apa yang patut.. then breakfast ala kadar je.. kami nak kene tukar JR pass yang diberikan HIS Travel kepada tiket yang sebenarnya…


Kami dah bersiap sedia

Berangin kuat pagi nih.. dah terasa kesejukannya.. orang pon dah mula beratur depan JR office menunggu pintu dibuka..Selesai dapatkan tiket sebenar kami akan meneruskan perjalanan ke Tokyo…

Lengang aje pepagi buta ni
Tapi ni tak lengang beratur panjang.. hehehe




Untuk makluman JR Pass ni hanya untuk pelancong luar sahaja.. tidak dijual di Japan. Itu pasal kene beli dengan travel agent yang jual aja… Harga semasa JR Pass mengikut tempoh yang ditetapkan..




Bagi pemegang JR Pass kita boleh naik semua JR train termasuk Bullet train tertentu.. JR Bus dan juga JR Ferry mengikut tempoh hari yang kita bayar... 


Bullet train hanya boleh naik jenis HIKARI, KODAMA, SAKURA dan TSUBAME sahaja.. kita boleh reserved seat sekiranya nak tapi kene ambil tiket lain di kaunter.. sepanjang kami disana malas nak ambik reserved seat sbbnya nak kene beratur lagi pastu seat tak boleh nak duduk sesuka hati.. hahhahaha


JR Pass Sebenar

Bila dah dapat tiket JR sebenar so kitaorg dah kene gerak.. untuk ke Tokyo.. dari Kansai Airport kene naik train Haruka Express turun ke Station Shin Osaka.. nak naik train JR lain pon boleh tapi kene bertukar train so better tunggu ajela Haruka Express yang mula operasi pertama jam 6.40 pagi…

Time memang lari la.. hehehhe

Tengah menunggu Haruka Expess

Haruka Express



Bila train ni stop kat stesen mana tah aku pon tak sure tiba-tiba ternampak plak salji turun.. alamakkk bestnya rasa mcm nak melompat keluar aje dari train.. tapi harapan tinggal harapan.. pandang dari dalam ajela.. uhuk uhuk…


Salji sayup berterbangan

Sampai di Shin-Osaka Station kami kene ambik plak Bullet train Shinkensen untuk ke Tokyo… sebelum naik train tapau kopi panas dulu…

Beli kopi sementara tunggu train

Shin-Osaka Station




Bila dah naik train barulah boleh rehat.. perjalanan 3 jam lebih.. memang tak terasa goyang-goyang walaupun berdesup laju…. Walaupun kepenatan tapi hati rasa teruja bila tengok pemandangan disepanjang perjalanan.. tengok mcm tenang aje..





Shinkensen


Perut plak dah meronta2 sib baik ada penut butter dan roti bersama kopi panas.. baiklah alas perut dulu sebelum masuk angin..




Ada juga pekerja train tolak troli menjual makanan dan minuman...





Akak tak nak lelapkan mata nak standby sepanjang perjalanan ni utk tengok Mt. Fuji.. kalau tertido confirm terlepas… Alhamdulillah dapat juga nampak.. waaahhh cantik sangat… tersergam indah… rasa mcm tak percaya aja.. member plak bole kata ini bukan Mt. Fuji.. hehehhehe





Sampai di Tokyo Station pada jam 12.00 lebih .. sebelum meneruskan perjalanan, kami pi cari apa yang boleh dimakan.. memasing perut dah tak boleh tahan.. Sib baik jumpa kedai yang jual makanan berasaskan tempura.. Alhamdulillah kenyang… bila dah kebulur lupa plak nak snap gambar kedai..







Ikut plan asal sampai di Tokyo nak kene beli metro pass.. dengan adanya metro pass ni perjalanan jadi lebih murah dan mudah… semua jenis subway dan metro boleh naik mengikut tempoh hari pass tersebut...


Tokyo Metro Pass ni bukan ada jual kat mana-mana station. Hanya ada jual ditempat tertentu sahaja khusus untuk pelancong luar. Kenapa kami beli Tokyo Metro pass ni?? Sebabnya Guesthouse kami terletak di luar lingkungan JR Train.. baiklah kami beli Pass nih…jgn lupa sambar Tokyo Subway Map memang sangat berguna.. sampai lunyai map tu jadi bahan rujukan.. hehehhehe



Tempat yang paling dekat dengan kedudukan kami adalah di kedai Big Camera berdekatan dengan station JR Yurakucho selang satu station aje dari Tokyo Station… bergegas la kami kesana..







Kene ambil no dulu dan tunjuk passport


Selesai dapatkan Pass kami gerak ke Guesthouse.. kalau ikutkan itinerary ada tempat lain yg perlu dituju tapi memandangkan memasing dah keletihan tambah plak kawan bawa anak dan husband yang kurang sihat, kami decide check in terus guesthouse..



Dari Station Yurokucho terus menuju ke Asakusa Station tapi kene tukar train la ek.. Sampai kat area Asakusa Station masih lagi terpinga-pinga laluan mana nak exit.. maklumla baru first time.. padahal host guesthouse tu dah bagi direction tapi masih blur2.. rupanya salah exit hehehehe… peta dah print, nak google takde connection.. yang lelain dah kepenatan at last decide nak naik taxi sbb kesiankan kawan anak beranak nak menapak.. Yang lawaknya taxi pon xnak ambik sbb dekat katanya.. hehhe memang hampeh.. nak tak nak kene menapak gak la pelan-pelan..

Meriah gak pekan Asakusa nih.. tapi sayang tak sempat nak explore.. hehehehhe






Tanya org tempatan sib baik diaorg tolong carikan.. memang sangat membantu betul diaorg nih… sepanjang perjalanan mencari guesthouse cuaca memang sejuk.. berasap2 mulut bila bercakap.. hari pon dah semakin nak gelap.. dengan beg yg berat lagi…

Rupanya kene Exit seperti yang diarahkan barulah tak sesat.. puas dok cari jambatan biru tak jumpa.. sib baik jumpa akhirnya.. sebagai pengajaran jgnla exit jalan yg salah ek confirm akan memusing jauh.. hehehhe...

Komagata-bashi Bridge

Exit paling dekat dgn guesthouse kami

Alhamdulillah akhirnya jumpa.. lega rasanya...



Bila dah masuk tu memasing ambik peranan sendiri…yang mana mandi pergi mandi yang mana nak sediakan makan malam kene sediala.. selesai bersihkan diri dan makan memasing masuk tido.. punya la penat sangat.. tido lena gigil-gigil sampai ke pagi sbbnya tak reti nak guna aircoand sebagai heater lagi…tak ada nafsu nak jenjalan.. hehehehhe

Bersambung ke Day 2.....


2 comments:

  1. wow bestnye gi jepunn..dila xpenah gi lg huk3.. btw nak tyn lynn pasal makanan kt sana. tempura tu leh mkn eh.. + soup tu? sori keliru jap sebenarnya. lps tu crepe & fries tu leh share x location atau nama kedai tu..nak simpan utk rujukan..hehe arigatou gozaimasu...

    ReplyDelete
  2. hehehe tempat tak penah gi kalau sekali pegi memang best.. pasal makan tu fokus pada seafood aje.. actually sekali tu je makan luar itupon sbb dah kelaparan sebelum dapat masuk ke guesthouse selebihnya kami masak dirumah je.. yg creepe n fries tu ikut akal ajela.. kalau was-was jatuh haram.. hehehe... area harajuku :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...